5 Langkah Ini Membuatkan Anda Mampu Membaca Dengan Kelajuan Yang Lebih Pantas! 9 October 2017 – Posted in: Essays

Dalam pembacaan, ada ketika kita perlukan pembacaan yang teliti, berulang-ulang, dan perlahan-lahan. Biasanya ia terjadi ketika kita membaca buku-buku berat yang mana setiap baris dan perkataannya memerlukan penghayatan dan pemahaman dari kita yang sangat mendalam. Tapi ada ketika, sesuatu pembacaan itu boleh sahaja berlaku dengan pantas sebagai contoh ketika kita hanya membaca buku-buku santai dan ringan atau ketika kita tahu bahagian mana yang kita mahukan daripada keseluruhan paper dan buku tersebut.

Tapi ada satu part lagi, bacaan pantas ini terpaksa berlaku khususnya kepada student-student yang sudah last minute nak berhadapan dengan exam, presentation atau apa-apa sahaja rutin akademik yang mengejar dan menghantui mereka.

Jadi 5 tips ini adalah lebih kepada anda yang berada dalam part terakhir tadi—mengejar pembacaan yang banyak di saat-saat akhir:

Jika Boleh, Buat Carian Google

Jika yang anda baca itu adalah buku, maka anda bernasib baik kerana terlalu banyak dan bersepah ringkasan atau ‘book review’ di dalam internet.

Hanya google sahaja untuk anda mendapatkan kefahaman awal kepada idea-idea besar dalam buku yang anda baca tadi.

Jadi, apabila kita mula membaca buku sebenar, ia menjadi lebih mudah kerana kita sudah pun mempunyai gambaran idea-idea penting dalam buku tersebut. Mudah kan?

Tetapkan Selang Masa Khusus Pembacaan

Katakan jika untuk menghabiskan semua bacaan anda yang berbaki itu mengambil keseluruhan masa 7 jam dan anda berangan-rangan untuk membacanya non-stop 7 jam tersebut, sila jangan berangan!

Cuba pada setiap 30 minit pembacaan, anda selangkan masa dengan ambil ‘take 5’ sebelum menyambung untuk pembacaan seterusnya.

Anda akan merasakan dengan cara ini akan kurang rasa beban dan akan membawa anda mencapai sasaran yang dimahukan.

Tetapkan Target Untuk Halaman Muka Surat

Jika selang masa di atas tak menjadi sebab kerja anda hanya akan melihat jam berdetik dari satu saat ke satu saat, baik anda cuba tetapkan satu target khusus, berapakah halaman muka surat yang anda perlu habiskan sebelum anda berehat.

Sebagai contoh, anda boleh tetapkan 30 muka surat sebagai target minimum yang anda perlu habiskan sebelum ‘take 5’
Masa itu boleh lah kalau nak jenguk apa video parodi atau troll yang menarik dalam facebook anda.

Gunakan Jari Sebagai Petunjuk Bacaan

Ya, anda rasa kebudak-budakan tapi teknik ini dicadangkan pasti dengan sebab.

Jika anda ialah seorang yang cepat hilang fokus ataupun mudah tenggelam dalam lautan perkataan yang dalam, cuba untuk gunakan jari sebagai petunjuk anda dalam pembacaan sebab ia akan membantu anda untuk fokus.

Anda baru sahaja menjimatkan masa dari mengulang-ulang ayat yang sama ketika anda sedang khayal dalam pembacaan tadi.

Reward Diri Dengan Makanan

Jika anda ialah seorang yang termotivasi dengan makanan, maka tip ini akan membawa kelainan dalam kelajuan pembacaan anda.

Cuba untuk setiap perenggan yang anda habiskan, reward diri anda dengan satu suapan makanan ringan yang anda suka – yang relevan di makan ketika membaca – ia akan menjadikan anda lebih fokus pada pembacaan anda.

Silap-silap lebih banyak makanan, semakin asyik anda dalam pembacaan!

Selamat mencuba!

Terjemahan dari tulisan asal bertajuk Tips for Catching Up on Hundreds of Pages of Reading oleh Judy Shah yang diterbitkan oleh The Daily Clog bertarikh 13 Sept 2017.