60 Tahun Ekonomi Pasaran Sosial: Pembentukan, Pembangunan dan Perspektif Formula Keamanan mengingati kembali sejarah asal-usul dan prinsip-prinsip dasar model ekonomi dan sosial-politik Ekonomi Pasaran Sosial. Tambahan pula, transformasi konsep itu dari masa ke masa ditelusuri kembali dan potensi masa depan perkembangannya disajikan untuk pembaca.
Sejak diimplementasikan secara politik oleh khususnya Ludwig Erhard dan Konrad Adenauer dalam Majlis Ekonomi di parlimen legislatif yang pertama pasca-perang, dan selanjutnya di Bundestag Republik Persekutuan yang baru muncul pada tahun 1949, Ekonomi Pasaran Sosial adalah “Jalan Ketiga” Jerman untuk polisi kawal selia yang berada di antara sosialisme sentralis dan kapitalisme tidak terkawal dan telah terbukti sangat berjaya.
Terutama sekali pada saat yang disebut ‘globalisasi’ dan krisis ekonomi ketika ini di seluruh dunia, konsep yang sengaja dijadikan holistik walaupun ditakrif secara longgar dan kerana itu model ekonomi, politik dan sosial yang
fleksibel itu telah menerima pujian umum. Walaupun perhatian besar dan bahkan baru-baru ini Ekonomi Pasaran Sosial dimaktubkan di dalam perlembagaan dalam Perjanjian Lisbon untuk Kesatuan Eropah dan berkuatkuasa mulai tarikh 1 Disember 2009—tepatnya 60 tahun selepas implementasi politik dan penerimaan umum—tetapi, beberapa kekeliruan tetap wujud tentang definisi, implementasi, pembentukan, dan potensi model dasar ekonomi dan sosial Jerman yang khas itu.
Apatah lagi, peranan dan potensi Ekonomi Pasaran Sosial dalam Kesatuan Eropah dan globalisasi yang berlaku dengan rancaknya, sentiasa diperhatikan.
Prakata
Kata Pengantar
1. Pembikinan Ekonomi Pasca Perang NegaraJerman
— Christian L. Glossner
2.Tentang Etika Ekonomi Walter Eucken
— Manuel Worsdorfer
3. Etika Sosial Emil Brunner dan Penerimaannya di kalangan Ordoliberal
— Tim Peterson
4. Peranan Pasaran dan Kerajaan Dalam Ekonomi: Satu Renungan Terhadap Model Ekonomi Islam Dengan Perbandingan Kepada Ekonomi Pasaran Sosial Negara Jerman
— Mohamed Aslam Haneef
5. Memajukan Idea Ekonomi Pasaran Sosial: Konsep-konsep dalam memperbaharui ordoliberalisme daripada perspektif etika ekonomi yang bersepadu
— Alexander Lorch
6. Ekonomi Pasaran Sosial Pada Tahun Ke Enam Puluh: Jalur Ketergantungan dan jalan yang berubah-ubah,
— Lothar Funk
7. Rundingan Kolektif Bebas: Tiang yang mendukungi atau tiang yang sedang runtuh bagi Ekonomi Pasaran Sosial
— Hagen Lesch
8. Sistem Keselamatan Sosial di Dalam Ekonomi Pasaran Sosial: Antara kekuatan dasar sosial dan kuasa pasaran. Suatu analisa terhadap insurans kesihatan berkanun di Jerman dalam konteks prinsip asasi Ekonomi Pasaran Sosial
— Christine Wolfgram, Ines Laufer
9. Wain Lama Berbotol Baru?: Cabaran-cabaran Dasar Ekonomi Terhadap Ekonomi Pasaran Sosial Dalam Dunia Global
— Bodo Herzog
10. Menangani masalah pemasaran Ekonomi Pasaran Sosial
— Marcus Marktanner
11. Ekonomi Pasaran Sosial Di Eropah Timur: Satu pilihan yang dipandang rendah?
— Marc Stegherr
12. Kepentingan Kerajaan untuk Menyediakan Perlindungan Iklim Dalam Ekonomi Pasaran Sosial
— Janina Jansch, Christian Vossler
13. Sebab dan Akibat Kawalseliaan Krisis Pasaran Kewangan
— Ekkehard A. Kohler, Andreas Hoffman
14. Adakah Krisis Kewangan dan Krisis Ekonomi ini Ancaman Kepada Ekonomi Pasaran Sosial?
— David Gregosz
Biodata-biodata Penulis
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet