Syed Syeikh al-Hadi: Pembaharu Semangat Islam dan Sosial

Penyumbang:
TALIB SAMAT
HASHIM ISMAIL
CHE ABDULLAH CHE YA
BAHARIN ILIAS
ROSNAH BAHARUDIN
MISRAN ROKIMIN
MOHAMAD MOKHTAR ABU HASSAN
A. RAHIM ABDULLAH
MOHD. HANAFI IBRAHIM
TENGKU INTAN MARLINA TENGKU MOHD. ALI
AMIDA ABDULHAMID
HAMZAH HAMDANI

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
235 halaman termasuk Indeks

RM25.00

In stock

Product ID: 22066 Subject: Sub-subjects: ,

Syed Syeikh al-Hadi: Pembaharu Semangat Islam dan Sosial mendokumentasikan hasil pemikiran Syed Syeikh al-Hadi melalui teks-teks sastera yang dihasilkan. Karya-karya awal ini dicetak secara terhad dan sukar didapati, sedangkan karya tersebut banyak merakamkan pelbagai peristiwa, pandangan dan sikap pengarang yang mempunyai nilai sejarah dan seni tersendiri. Sehubungan dengan itu, buku ini memuatkan esei-esei mengenai ketokohan dan kepengarangan Syed Syeikh al-Hadi.

Syed Syeikh al-Hadi dikatakan sebagai pelopor novel Melayu yang pertama dengan terhasilnya Hikayat Faridah Hanum. Dengan mendapat pengaruh daripada Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh, dua tokoh dari Timur Tengah yang membawa pemikiran reformasi, Syed Syeikh al-Hadi dan Abdullah Munsyi tergolong dalam golongan Kaum Muda, iaitu orang Melayu yang lebih berlikiran moden. Melalui wahana media cetak yang diperkenalkan oleh Barat di Tanah Melayu sejak tahun 1806, mereka menggunakan peluang itu untuk berkomunikasi dengan orang Melayu. Menerusi rencana pengarang dalam surat khabar, surat kepada pengarang, dan melalui bentuk baharu roman Melayu, mereka menulis untuk menggesa orang Melayu bahawa kejayaan hidup boleh dicapai dengan tenaga dan inisiatif.

Malah, mereka juga terutamanya Syed Syeikh al-Hadi, mempersoalkan tentang tafsiran al-Quran secara harfiah oleh ulama tradisional yang dikenali sebagai Kaum Tua. Kaum Muda percaya bahawa Tuhan telah menganugerahkan akal fikiran kepada manusia supaya agama Islam dapat berkembang maju sebagai tamadun besar. Mereka percaya bahawa akal fikiran yang logik boleh diterapkan bagi mentafsir al-Quran supaya dapat digunakan sebagai panduan ke arah perubahan.

Sebagai pemikir Melayu, mereka lebih tertarik dengan kemungkinan perubahan pada peringkat individu bersandarkan hujah yang logik seperti yang diungkapkan dalam tafsiran modenis tentang Islam, dan menerusi tanggapan Barat tentang humanisme dan sosialisme liberal. “Akal fikiran” ialah konsep dan kualiti yang digunakan dalam perdebatan mereka untuk menonjolkan kekurangan akal fikiran dalam sistem tradisional. Mereka merayu agar akal fikiran yang dianugerahkan oleh Tuhan tidak disia-siakan, dan malah digunakan sebagai panduan untuk perubahan. Dengan cara begini, mereka mengajak orang Melayu yang lain supaya menghapuskan kepercayaan tahayul dan adat zaman pra-moden yang tidak masuk akal dan kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Mereka merebut peluang yang ditawarkan oleh media cetak, dan menghasilkan cereka dalam bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi. Mereka terdorong untuk menulis lantaran oleh perasaan tidak senang, malah bimbang akan keadaan semasa dan masa depan bangsa Melayu serta tanah air mereka. Kebimbangan Syed Syeikh al-Hadi itu dilontarkan dalam karya-karya yang dihasilkannya. Banyak pemikiran baharu yang cuba dibawa oleh Syed Syeikh al-Hadi. Dalam novelnya Hikayat Faridah Hanum yang berbentuk “baharu” misalnya, Syed Syeikh al-Hadi mengajak orang Melayu supaya berhujah dengan akal fikiran yang memihak kepada tafsiran baharu dalam kehidupan.

Begitu juga dalam hal memberikan pendidikan kepada anak perempuan. Bagi Syed Syeikh al-Hadi, adalah berfikiran lapuk jika orang Melayu masih lagi berpandangan bahawa pendidikan hanya untuk kaum lelaki sahaja dan menganggap sepandai-pandai perempuan akhirnya akan ke dapur juga. Harus disedari bahawa tangan ibu yang mengayun buaian itu yang akan menggoncangkan dunia jika pendidikan diberikan kepada yang mengayunkan buaian itu. Syed Syeikh al-Hadi membawa pemikiran baharu bahawa demi kebahagiaan rumah tangga, wanita juga harus diberikan pendidikan untuk mendidik anak-anak yang dilahirkannya.

Jelas, bahawa Syed Syeikh al-Hadi menulis disebabkan perasaan tidak senang, malah bimbang akan keadaan masa kini dan masa depan bangsa Melayu dan tanah air mereka. Melalui watak yang dikemukakan dalam karyanya, Syed Syeikh al-Hadi menghuraikan penjelasan yang kompleks tentang Islam sebagai panduan hidup dalam dunia moden. Dunia rasionalisme Islam yang wujud melalui akal fikiran yang dianugerahkan Allah kepada manusia; dunia hukum Allah yang diberikan kepada umat manusia untuk kehidupan yang teratur dan bertamadun, dan dunia peribadinya yang wujud kerana penerapan hukum Allah dalam hubungannya dengan keluarga dan masyarakat, dan oleh yang demikian mewujudkan sistem nilai untuk hidup.

Justeru, wajar pemikiran-pemikiran baharu yang cuba dibawa oleh Syed Syeikh al-Hadi dianalisis, diteliti, dikaji, direnungi, dihayati, malah lebih jauh lagi dipraktikkan demi agama Islam dan kemajuan bangsa dan negara. Dengan menyedari bahawa kepentingan pemikiran-pemikiran yang dibawa oleh Syed Syeikh al-Hadi itu dalam karya-karya yang dihasilkannya baik karya kreatif mahupun bukan kreatif, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengambil inisiatif untuk melantik beberapa penyelidik bagi mengkaji dan menilai kembali karya-karya yang dihasilkan oleh Syed Syeikh al-Hadi.

Weight0.304 kg
Dimensions21.4 × 14 × 1.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.