Pemikiran Hamka

Disunting: Sidek Baba

DBP (Cetakan Pertama 2008)
175 halaman

RM20.00

In stock

Buku Pemikiran Hamka cuba menukil makna bina insan yang Islami, merangkum isu Islam dan perspektif sejarah, kritik terhadap kedudukan wanita dan jalur berfikir ke arah perubahan. Pemikiran, tulisan, dakwah dan perjuangan HAMKA digarap oleh penulis-penulis dengan maksud tokoh ini telah mempersembahkan sesuatu yang amat bermakna ke arah mengangkat martabat umat dan tamadun. Ianya meninggalkan jejak-jejak Islah yang bermakna ke arah memperkasa minda umat Melayu yang senafas dengan zaman tanpa menolak prinsip dan rujukan asasi Islami itu sendiri.

Hamka dalam konteks dunia Melayu-lslam melakukan proses transformasi sosial melalui pemikirannya yang disalurkan menerusi genre sastera dan agama sebagai asas tajdid dan islah. Ianya amat relevan di tengah-tengah masyarakatnya yang dibelenggu oleh adat dan cara berfikir yang tidak berkembang dan menyebabkan kemunduran yang berpanjangan.

Buku-buku mahupun novel yang ditulisnya mengajak pembaca berfikir tentang pentingnya islah ke arah kemajuan yang diajar oleh Islam. Tafsir al-Azharnya merupakan puncak penelitian masalah sosial dan agama setempat yang dilihat dari jendela Qurani supaya ianya mampu memberi kesan pemikiran ke arah tajdid.

“…seorang yang mujaddid dan muslih di Alam Melayu. Pemikirannya mengenai persoalan agama yang luas dan mendalam menjangkau hingga kepada isu atau dialog antara agama, polemiknya dalam mempertahankan kemurnian Islam, baik daripada aspek akidah dan ibadah jelas membuktikan tentang tajdid dan islah yang diperjuangkan.”

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.245 kg
Dimensions 13.9 × 1 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836299802

Language

Publisher

Year Published

5 reviews for Pemikiran Hamka

  1. Kawah Buku

    “Hamka telah menelurkan pemikiran-pemikiran etika yang jelas sekali…”—Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz

  2. Kawah Buku

    “…tokoh istimewa yang bersifat multi-dimensi; sasterawansejarawan, ilmuwan-budayawan dan ulama-pemikir yang terkenal sebagai singa podium dan pahlawan pena.”—Prof. Madya Dato’ Dr. Siddiq Fadzil

  3. Kawah Buku

    “…seorang tokoh yang terhasil dari sejarah yang melatari zamannya. Beliau seorang yang nekad dan teguh pendirian dalam melakukan pentafsiran al-Quran walau kadangkala terpaksa menghadapi kecaman dan kritikan.”—Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof

  4. Kawah Buku

    “…seorang mujaddid dan muslih di Alam Melayu. Pemikirannya mengenai persoalan agama yang luas dan mendalam menjangkau hingga kepada isu atau dialog antara agama, polemiknya dalam mempertahankan kemurnian Islam, baik daripada aspek akidah dan ibadat jelas membuktikan tentang tajdid dan islah yang diperjuangkannya.”—Prof. Madya Dr. Fadhlullah Jamil

  5. Kawah Buku

    “…memberikan sumbangan yang besar dalam pengkajian ini bagi mewakili pandangan sarjana tempatan dengan mesej yang cuba dibawa iaitu Islam disebarkan ke Alam Melayu melalui proses yang penuh dengan komitmen…”—Prof. Madya Dr. Mohammad Redzuan Othman

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.