Biografi Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen: Raja Patani Terakhir

MOHD ZAMBERI ABDUL MALEK adalah penulis bebas yang menumpukan penulisan kepada sejarah dan kebudayaan Melayu khususnya di Patani. Mantan Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia dan mantan Karyawan Tamu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya ini juga banyak menulis buku.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2017)
456 halaman

RM75.00

In stock

Secara keseluruhannya, Biografi Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen: Raja Patani Terakhir memaparkan tentang kerajaan Melayu Patani, bagaimana terhapusnya kerajaan Patani, struktur pemerintahan Patani yang merangkumi Raja Patani yang terakhir dan perjuangan untuk membebaskan Patani. Banyak rakaman sejarah yang ada kaitan dengan suasana sosio politik Negeri-negeri Melayu Utara Semenanjung yang ketika itu berada di bawah naungan Siam menjelang akhir abad ke-19 turut diabadikan oleh pengarang. Keunggulan sistem pemerintahan beraja Melayu Patani, wujud sejak ribuan tahun yang lampau hasil kesinambungan dari rentetan wujudnya kerajaan Melayu Hindu-Buddha negara-kota Langkasuka. Penerbitan buku yang mengandungi empat bab ini membekalkan pelbagai maklumat tentang Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen iaitu Raja Patani yang terakhir.

Turut dimuatkan adalah tentang kisah peribadi dan detik paling bermakna dari semasa ke semasa, rentetan episod yang membawa kepada kejatuhan sebuah negeri Melayu yang sudah dilupakan insiden sejarahnya. Kehidupan pahit getir yang ditempuh beserta dilalui oleh Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen yang juga lebih mesra dipanggil sebagai Raja Phrak Phipit ini wajar diketahui jalan cerita kehidupannya.

Penerbitan Biografi Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen: Raja Patani Terakhir membekalkan pelbagai maklumat yang belum pernah diketahui umum, pengisian padat dan pengetahuan mengenai beberapa peristiwa penting lagi bersejarah. Ada kaitannya dengan suasana sosio politik Negeri-negeri Melayu Utara Semenanjung yang lain, menjadi naungan Siam menjelang akhir abad ke-19. Mahupun kesedaran terhadap nasib malang rakyat Patani apabila kehilangan raja memerintah atau pemimpinnya, seperti ungkapan peribahasa Melayu berbunyi, ‘Bagai anak ayam kehilangan ibu.’ Rakyat Patani yang ditinggalkan dan terus menempuh penghidupan sengsara tidak berpedoman dalam sebuah negara, di mana sistem perundangan dan seluruh warga penduduknya bukan beragama Islam.

Mereka terpaksa menghadapi penderitaan itu tanpa perasaan taat setia terhadap seorang pemimpin tradisional Melayu, dapat melindungi mereka daripada menjadi mangsa keganasan akibat suatu tindakan amat kuat penindasannya. Menerusi sejarahnya, jelas terpapar kini, wilayah-wilayah Patani, Yala dan Narathiwat, Selatan Thailand, pada abad zaman kegemilangannya merupakan sebuah negeri Melayu pemerintahan Islam dan sebuah kerajaan bertaraf merdeka dan berdaulat. Kegemilangan negeri Patani Darussalam diperintah raja-raja Melayu silih berganti, turun-temurun seperti mana wujud kerajaan setiap negeri-negeri Melayu terdapat di Semenanjung Malaysia.

Kehidupan pahit getir yang ditempuh beserta dilalui Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen, perlu dirakamkan kembali pengalaman dan penghayatannya kepada para pembaca. Paparan ini sangat wajar dijadikan iktibar supaya dapat direnung semula dan ditelusuri bersama segala peristiwa penting menerusi perjuangan baginda yang lebih mesra di panggil Raja Phrak Phipit. Di samping melihat perubahan demi perubahan dilakukan, akibat campur tangan suatu kuasa luar yang terlalu asing, tanpa ada tegahan, bantahan atau bantuan mana-mana kuasa yang mampu mengubahnya.

Raja Patani terakhir Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen menjadi mangsa terhadap kemelut politik percaturan antara pihak penjajah Siam, di sokong pihak Kolonial British Tanah Melayu. Begitu keadaannya jika, ‘Gajah sama gajah yang gagah perkasa sama-sama berjuang, maka pelanduk akan mati tersepit dan terhimpit di tengah-tengah, menjadi mangsa korban pada kedua-dua kuasa penjajah itu.’ Kesan daripada penjajahan Bangkok serta tindak-tanduk pengaruh British awal abad ke-20, dengan tidak menghitung nilai-nilai kemanusiaan, tanpa memikirkan kesejahteraan hak-hak penduduk peribumi dan kehancuran bangsa Melayu negeri itu.

Maka atas rintihan rakyatnya dan runtuhan takhta Kerajaan Melayu Patani, sejurus kemudian sempadan antarabangsa antara kedua buah negara di bina kukuh oleh kedua-dua kuasa penjajah Siam dan British. Menjadi tembok paling teguh memisahkan rakyat Patani, orang-orang Melayu di sana, daripada keluarga asalnya Tanah Melayu atau negara Malaysia sekarang. Sejak kemasukan itu, membawa pada unsur-unsur kemusnahan dan kebiadaban, merupakan suatu malapetaka paling buruk menerusi konflik kemanusiaan yang berpanjangan. Pergolakan sengit terus-menerus berlaku antara dua bangsa sangat berlainan resam budaya, keturunan juga perbezaan dalam pertuturan bahasa dan agama kepercayaan masing-masing.

Senarai Peta, Foto, Rajah dan Salasilah
Kronologi Kehidupan
Prakata

1. Kerajaan Melayu Patani
2. Terhapusnya Kerajaan Patani
3. Raja Patani yang Terakhir
4. Berjuang Membebaskan Patani

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.665 kg
Dimensions21 × 14 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

4.7
Based on 3 reviews
5 star
66
66%
4 star
33
33%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Muhammad

    Terima kasih daripada kami..

    (0) (0)
  2. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  3. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.