Out of stock

Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu

Disunting oleh ANWAR DIN

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2016)
308 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu menjelaskan secara langsung tentang siapa sebenarnya Melayu. Ini penting kerana apa saja perkara berkaitan dengan Melayu adalah dilahirkan oleh kelompok manusia yang dinamakan Melayu itu. Sehingga ke hari ini masih belum ada penjelasan yang sah iaitu berasaskan sumber bukti yang sahih dan selaras dengan realiti siapakah yang dinamakan ‘orang Melayu’ itu. Tanpa memahami sifat asasi apa yang dikatakan orang Melayu itu, maka perbicaraan tentang apa saja mengenai orang Melayu termasuk kebudayaan dan kesenian hanya akan menjadi awang-awangan kerana tidak berpijak di alam nyata seperti mana dalam tulisan golongan yang menamakan diri mereka ahli sejarawi linguistik.

Dijelaskan dalam buku ini bahawa orang Melayu itu adalah bersifat poligenesis, iaitu bukan dari baka dan tanah asal yang tunggal. Di samping itu, terdapat begitu banyak unsur luaran dalam kebudayaan Melayu yang datangnya daripada pelbagai pengaruh. Ini menyebabkan sentiasa berlaku perubahan dan penambahan dalam kebudayaan Melayu. Sebab utama kenapa ini berlaku adalah kerana sifat orang Melayu itu sendiri yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik.

Buku ini menjelaskan sifat-sifat asasi orang Melayu itu secara empiris. Bertolak dari situ, dijelaskan juga konsep kebudayaan dan kesenian serta beberapa teori penting dalam dunia akademik dalam bidang ini supaya dapat menyediakan asas pengetahuan yang lebih mantap mengenai kebudayaan, kesenian, etos, ritual dan aspek-aspek kebudayaan Melayu lain. Pembangunan kebudayaan Melayu juga diberi perhatian khusus dalam buku ini. Bahagian ini menekankan peranan kerajaan dan pihak bukan-kerajaan dalam pembangunan aspek-aspek kebudayaan dan kesenian Melayu. Buku ini cukup relevan dijadikan rujukan bagi pihak perancang, penggubal dasar dan peminat dalam bidang ini.

Senarai Jadual
Prakata

BAHAGIAN 1 – KONSEP DAN TEORI KEBUDAYAAN

1. Asas Kebudayaan Melayu
– Anwar Din

2. Konsep Kebudayaan
– Anwar Din

3. Teori Kebudayaan
– Anwar Din

BAHAGIAN 2 – KONSEP DAN TEORI KESENIAN

4. Kesenian: Konsep, Aliran dan Kritikan
– Anwar Din

5. Islam dalam Kebudayaan Melayu
– Anwar Din

BAHAGIAN 3 – ETOS

6. Etos Melayu
– Hanapi Dollah

7. Bahasa dan Tataadab
– Teo Kok Seong

strong>BAHAGIAN 4 – RITUAL

8. Ritual dan Perayaan
– Hanapi Dollah & Mohd Nazri Ahmad

BAHAGIAN 5 – BEBERAPA KESENIAN

9. Seni Gerak
– Siti Zainon Ismail

10 Seni Teater
– Solehah Ishak

11. Seni Suara dan Muzik
– Siti Zainon Ismail

12. Seni Rupa
– Siti Zainon Ismail

BAHAGIAN 6 – PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN

13. Pembangunan Kebudayaan
– Anwar Din

14. Pembangunan Kraf Melayu
– Anwar Din

Rujukan
Indeks

Weight0.450 kg
Dimensions21.5 × 16 × 0.7 cm
Author(s)

, , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.