Out of stock

Warkah Melayu Lama

AB. RAZAK AB. KARIM adalah Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

DBP (Cetakan Pertama, 2006)
136 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

Out of stock

Warkah Melayu Lama membincangkan aspek komponen warkah, struktur warkah sosial, struktur warkah perjanjian, serta variasi struktur warkah-warkah tersebut; aspek bahasa dalam kepala surat dan juga cap-cap yang digunakan oleh pengirim; dan strategi komunikasi dan kesopanan dalam warkah. Lebih 400 tahun yang lalu warkah telah menjadi salah satu daripada medium komunikasi antara para pedagang dengan kerajaan tempatan dan juga hubungan diplomatik antara kerajaan. Warkah-warkah ini dikarang dengan berstruktur, menggunakan kata-kata yang indah, tulisan jawi yang cantik serta hiasan yang menarik yang menggambarkan tamadun yang tinggi pada zaman tersebut. Kekayaan khazanah persuratan Melayu, kehalusan budi dan kesenian Melayu dipaparkan dalam buku ini.

Kajian tentang warkah-warkah Melayu lama amat kurang dilakukan oleh para pengkaji sama ada pengkaji tempatan mahupun pengkaji luar negara. Lebih empat ratus tahun yang lalu warkah telah menjadi salah satu daripada medium komunikasi antara para pedagang dengan kerajaan tempatan dan juga hubungan diplomatik antara kerajaan. Peranan surat amat penting dan pada zaman tersebut dan ini dapat dilihat dalam warkah-warkah Melayu yang dipaparkan dalam buku ini. Kepentingan warkah-warkah Melayu tidak akan dapat dilihat sekiranya tidak dilakukan kajian yang teliti terhadap manuskrip ini.

Aspek bahasa dalam kepala surat dan juga cap-cap yang digunakan oleh pengirim dibincangkan dengan terperinci kerana kedua-dua komponen ini mempunyai unsur yang berkaitan dengan diri pengirim warkah. Bahagian-bahagian lain dalam komponen ini juga dibincangkan dengan mendalam. Setiap komponen yang terdapat dalam warkah ini dibincangkan dari pelbagai aspek sama ada aspek bahasa, aspek budaya ataupun aspek lain yang berkaitan.

Warkah Melayu lama merupakan manuskrip terawal yang terdapat di Alam Melayu dan merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Ia penting sebagai sumber primer tentang kajian politik, hubungan diplomatik dan sejarah ekonomi orang Melayu dan juga dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu. Pada zaman lampau warkah digunakan oleh para pembesar atau sultan untuk mengadakan hubungan perdagangan ataupun mengirim berita. Selain pembesar dan sultan, para pedagang yang terdiri daripada pelbagai bangsa, seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda juga menggunakan warkah untuk tujuan yang sama.

Kata Pengantar
Prakata
Penghargaan

1. Komponen Warkah Melayu Lama

Pendahuluan
Pecahan Komponen Warkah
Kepala Surat
Cap Mohor Pengirim Warkah
Kata Puji-pujian
Kandungan Warkah
Prapenutup
Penutup Warkah
Tandatangan Pengirim
Kesimpulan

2. Struktur Warkah Sosial

Pendahuluan
Struktur Warkah Sosial
Kepala Cap
Cap
Kata Puji-pujian
Kandungan Warkah
Prapenutup
Penutup
Variasi Struktur Warkah Sosial
Warkah Tanpa Kepala Surat
Warkah Tanpa Penggunaan Cap
Warkah Tanpa Kata Puji-pujian
Kandungan Warkah di Luar Acuan Isi
Warkah Tanpa Prapenutup dan Penutup
Penggunaan Tandatangan dalam Warkah
Kesimpulan

3. Struktur Warkah Perjanjian

Pendahuluan
Struktur Warkah Perjanjian
Kepala Surat
Kandungan Warkah
Penutup
Cap
Tandatangan
Variasi Struktur Warkah Perjanjian
Variasi-variasi Lain
Kesimpulan

4. Aspek Bahasa dalam Kepala Surat dan Cap

Pendahuluan
Aspek Bahasa dalam Kepala Surat
Warkah Sosial
Warkah Perjanjian
Aspek Bahasa dalam Cap
Penggunaan Bahasa Arab
Penggunaan Bahasa Melayu
Penggunaan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu
Penggunaan Bahasa Belanda
Penggunaan Bahasa Belanda dan Bahasa Melayu
Kesimpulan

5. Strategi Komunikasi dan Kesopanan dalam Warkah Melayu

Pendahuluan
Strategi Komunikasi dalam Warkah Melayu
Penggunaan Kaedah Tak Langsung
Penggunaan Kaedah Langsung
Kesopanan dalam Warkah Melayu
Strategi Komunikasi dan Kesopanan dalam Warkah Melayu
Perkaitan Peranan
Perbezaan Taraf Sosial
Kewujudan Kuasa
Menjaga Air Muka
Kepatuhan kepada Tajuk atau Bidang
Kepatuhan kepada Peraturan Surat-Menyurat
Kesimpulan

6. Pewajaran Warkah Melayu Lama sebagai Suatu Genre

Pendahuluan
Bentuk Genre Warkah Melayu
Teknik Genre Warkah Melayu
Kandungan Genre Warkah Melayu
Jaringan Sosial dalam Warkah Melayu
Kesimpulan

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight 0.320 kg
Dimensions 23 × 19 × 1 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.