Bunga Rampai Alam Melayu (Siri 1)

MOHD SYUKRI YEOH ABDULLAH adalah Profesor Madya dan Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Beliau pakar dalam bidang Sejarah Pemikiran Islam Alam Melayu.

MOHD FAIZAL MUSA adalah Felo Penyelidik di Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Beliau pakar dalam bidang Sosiologi Agama, Hak Asasi Manusia dan Kesusasteraan Bandingan.

CHONG SHIN adalah Profesor Madya dan Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Beliau pakar dalam bidang Dialektologi dan Sosial Linguistik Sabah, Sarawak dan Kalimantan

Senarai penulis:
AB. RAZAK AB. KARIM
ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA
YUSRI BIN MOHAMAD RAMLI
WAN ALAUDDIN WAN YUSOF
WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH
DAMANHURI BASYIR
MD ZURAINI MASHROM

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2019)
132 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM30.00

Only 1 left in stock

Bunga Rampai Alam Melayu (Siri 1) adalah koleksi pelbagai hasil kajian manuskrip Alam Melayu hasil usaha Institut Alam Dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Usaha carigali dalam manuskrip Alam Melayu sebagai sumber primer ini telah memberi garis panduan jatidiri bangsa dan kehidupan, dan seterusnya menlanjutkan pemgembangan acuan pemikiran Tamadun Alam Melayu.

Ribuan manuskrip Alam Melayu dan Islam yang ada dalam simpanan perpustakaan, arkib dan muzium di seluruh dunia yang masih belum dikaji dan diselami ilmu yang terkandung di dalamnya. Selian dari rumpun bahasa Melayu dan Arab, ratusan ribu manuskrip terdapat dalam bahasa lain, seperti bahasa Parsi, Turki, Urdu, Uzbek dan lain-lain mengenai ilmu Islam di seluruh dunia. Walaupun langkah-langkah sedang diambil oleh Kerajaan Malaysia dan kerajaan lain serta Badan Antarabangsa, seperti UNESCO untuk mendokumen, memulihara dan mengkaji manuskrip tersebut, usaha masih tidak memadai oleh kerana ia memakan masa serta melibatkan kos yang tinggi dan tenaga mahir yang ramai.

Alam Melayu memiliki banyak khazanah yang perlu dikaji. Selain dari bahasa Melayu, terdapat pelbagai disiplin ilmu yang perlu diterokai. Terdapat pelbagai usaha dalam melakukan penyelidikan oleh Kerajaan Malaysia dan kerajaan lain serta badan antarabangsa, seperti UNESCO untuk mendokumen, memulihara dan mengkaji khazanah ihnu Alam Melayu tersebut, usaha masih tidak memadai oleh kerana ia memakan masa serta melibatkan kos yang tinggi dan tenaga mahir yang ramai.

Perpustakaan Negara Malaysia selaku Pusat Manuskrip Melayu Kebangsaan memainkan peranan utama dalam perolehan, pendokumentasi, pemuliharaan dan pengkajian manuskrip Melayu di Malaysia. Kini melebihi 4,084 judul manuskrip asal telah terkumpul di samping ribuan judul dalam bentuk mikrofilem, mikerofis dan faksimile. 500 naskah terbaik dalam koleksi PNM telah digital dan boleh diakses melalui internet atau dalam bentuk CD. Katalog lengkap mengenai manuskrip dalam koleksi PNM juga telah diterbit dari masa ke semasa. Selain itu, Perpustakaan Tun Sri Lanang (58 judul) dan beberapa Muzium Negeri, seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan juga diketahui menyimpan manuskrip Melayu.

Selain dari Perpustakaan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, manuskrip dalam koleksi institusi tersebut di atas masih belum dikatalogkan secara lengkap atau betul.

Muzium Kesenian Islam Malaysia juga adalah pusat manuskrip Melayu tentang Islam yang penting. Ia menyimpan sebanyak 4000 manuskrip Melayu mengenai agama Islam dan 300 al-Quran tulis tangan. Koleksi tersebut pada asalnya kepunyaan Pusat Islam kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), yang kemudian diserahkan kepada Muzium tersebut pada tahun 1988. Manuskrip ini dianggap sebagai bahan artifak oleh muzium tersebut dan hanya dikatalog apabila dipamerkan dalam pameran yang diadakan oleh muzium.

Usaha menyenaraikan manuskrip ini dimulakan oleh Pustakawan (The Scholar’s Library) Muzium tersebut pada tahun 2006 dan kini 800 naskah manuskrip telah disenaraikan. Perpustakaan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), yang kini telah diambil alih oleh Universiti Islam Antarabangsa juga mempunyai ratusan manuskrip Islam yang penting. Pelajar-pelajar ISTAC aktif mengkaji manuskrip ini sebagai program kesarjanaan mereka. Manuskrip koleksi ISTAC yang amat berharga telah dipindahkan ke perpustakaan utama UIA dengan akses yang terhad.

Sebagai titik permulaan usaha di atas, Institut Alam dan Tamadun Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia turut memberi tumpuan lebih banyak kepada penyelidikan pelbagai bidang manuskrip, seperti yang boleh dinikmati oleh pembaca menerusi Bunga Rampai Alam Melayu (Siri 1).

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.205 kg
Dimensions 22.8 × 15.1 × 0.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789674127893

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bunga Rampai Alam Melayu (Siri 1)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.