Tarikh Melayu Patani: Satu Himpunan Kitab Mengenai Sejarah Awal Patani Darussalam

HAJI WAN MOHD SHAGHIR WAN ABDULLAH dilahirkan di Pulau Midai, Kepulangan Riau, Indonesia pada 17 Ogos 1945. Hasil perkahwinannya dengan Hamidiyah binti Haji Abdul Majid beliau telah dikurniakan enam orang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan. Anak sulungnya, Wan Jumanaatul Karamah, selain daripada menjadi tutor di Fakulti Pengajian Islam di UKM mengendalikan Khazanah Fathaniyah, peninggalan beliau. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 tokoh ulama Nusantara, 192 buah buku, beratus artikel, termasuk penulis tamu Utusan 2002 – 2006 (setiap minggu), dan membentang kertas kerja di peringkat ASEAN.

Khazanah Fathaniyah (Cetakan kedua, 2019)
295 halaman, termasuk manuskrip asal Jawi

RM65.00

In stock

Product ID: 13656 SKU: 9789672126065 Categories: , , Tags: , , , , , , ,

Tarikh Melayu Patani: Satu Himpunan Kitab Mengenai Sejarah Awal Patani Darussalam menceritakan sejarah terawal tentang Patani, Langkasuka dan beberapa yang lainnya, termasuk golongan pensejarahan awal alam Melayu, kerana ianya ditulis antara abad ke-15 M sehingga abad ke-16 M.

Di dalam buku ini terkandung tiga kitab iaitu i) Tarikh Patani, ditulis oleh Syeikh Faqih Ali al-Malbari. Terdapat dalam tulisan rumi, juga dilampirkan manuskrip asal, yang ditulis asli oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, ii) Tawarikh Raja Kuta, ditulis oleh Haji Rauf bin Muhammad Datang Agung. Juga terdapat dalam tulisan rumi, dengan disertai lampiran jawi yang telah ditaip semula, dan iii) Kerajaan Melayu Patani, karya Ibrahim Syukri. Hanya dilampirkan versi Jawi, dari cetakan awal sahaja. Kitab ini sebetulnya telah banyak dicetak oleh pelbagai penerbit, sama ada pengalihan transliterasi mahupun penterjemahan.

Dalam tahun 1990, Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah telah mentransliterasi sebuah risalah berjudul Tarikh Fathani karangan Syeikh Faqih Ali bin Wan Muhammad bin Syeikh Shafiuddin alAbbasi atau dikenali dengan nama Tok Raja Faqih dari versi salinan Syeikh Wan Daud bin ‘Abdullah al-Fathani tahun 1228 H/1813 M. Transliterasi yang tersebut saya muat dalam buku Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara, Jilid 1. Tarikh Fathani yang dimuat dalam buku itu kemudian banyak diperkenalkan oleh Tengku Kudin (yang berasal dari Patani-Kedah), baik dari percakapan maupun tulisan-tulisan beliau yang dimuat dalam beberapa akhbar dan majalah.

Akibat daripadanya sehingga ramailah pelbagai pihak menghubungi penyelenggara menanyakan tentang itu terutama sekali keluarga besar beliau yang mempunyai hubungan pertalian darah atau pun pertalian keilmuan dengan Patani. Oleh sebab kegawatan ekonomi yang sedang dihadapi sekarang (1419 H/1998 M) maka beliau terbitkan risalah nipis ini, Tarikh Melayu Patani: Satu Himpunan Kitab Mengenai Sejarah Awal Patani Darussalam dengan maksud supaya tersebar lebih luas dapat dibeli oleh pelbagai peringkat, termasuk yang berpendapatan rendah.

Tarikh Melayu Patani: Satu Himpunan Kitab Mengenai Sejarah Awal Patani Darussalam dibahagi kepada dua bahagian, bahagian pertama ialah mengenai Tarikh Fathani yang dibicarakan. Bahagian yang kedua ialah tentang Syeikh Faqih ‘Ali al-Malbari al-Fathani yang di dalamnya disentuh serba ringkas penyusun Tarikh Fathani itu.

Bahagian pertama (Tarikh Fathani) yang dimuat dalam buku ini walau pun tipis saja namun sangat penting kerana merupakan sejarah yang terawal menceritakan tentang Patani, Langkasuka, dan beberapa yang lainnya. Bahkan termasuk dalam golongan pensejarahan awal alam Melayu kerana ditulis antara abad ke 15 hingga ke-16 M. Adapun beberapa versi manuskrip sejarah Patani yang ditulis sesudah Tarikh Fathani ini belum dibicarakan dalam risalah ini. Sekarang beliau sedang menyusun gabungan keseluruhannya sehingga pada satu ketika nanti akan dijadikan sebuah sejarah Patani yang terlengkap yang bersumberkan manuskrip klasik dunia Melayu sendiri.

Judul lengkap dan asli: تاريخ فتاني (Tarikh Patani). فتاني (baca: ‘petani’) yang dimaksudkan di sini bukan bererti “seseorang yang melakukan kerja tani” tetapi adalah nama sebuah kerajaan Melayu yang pernah besar dan terkenal pada zaman silam. Kerana perkembangan bahasa perkataan tersebut telah terjadi pelbagai perubahan cara menulisnya, iaitu: فتاني (Petani). Ditulis oleh pengarang-pengarang Fathani Darussalam (فطانى دار السلام) atau orang-orang Melayu selain Melayu-Patani yang bukan alim ulama sebelum kemunculan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. فطانى (Fathani), ditulis dalam bentuk ini dipercayai adalah diperkenalkan secara meluas pertama kali oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, yang kemudian di takrif dan dikomentari lebih luas dan panjang oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Syeikh Ahmad al-Fathani menulis, “فطانى (Fathani) adalah dibangsakan kepada فطان (fathan). Asal huruf “tha” (ط)nya adalah huruf “ta”(ت). Adalah Fathani itu satu negeri daripada negeri-negeri Melayu. Telah lahir sebahagian putera-puteranya baik-baik, cerdik, arif bijaksana. Adalah Fathani pada zaman dahulu di bawah satu kedaulatan daripada seba-hagian kedaulatan-kedaulatan mereka yang maha agung.”

Sebagaimana bentuk tulisan Syeikh Daud al-Fathani dan Syeikh Ahmad al-Fathani di atas demikianlah tulisan saya yang asli, sebelum diedit. Tetapi setelah diedit ternyata diubah oleh editor yang kurang menghayati keaslian. Selanjutnya فَتّانِي (Pattani), ditulis untuk nama bandar atau provinsi/cangwat yang rasmi dipergunakan oleh pemerintah Thailand. Juga ditiru oleh kebanyakan orang dalam semua persuratan. Akibat daripada ini orang tidak lagi dapat membedakan antara Fathani sebagai sebuah kerajaan Melayu yang pernah agung dengan sebuah bandar atau cangwat yang statusnya jauh lebih kecil.

فَتَانِي (Patani), dihilang satu huruf “t” oleh segolongan yang lain, yang bermaksud tidak mahu meniru tulisan yang berasal dari pemerintahan Thai yang menulis dengan dua huruf “t” yang tersebut di atas. فَتّانِي (Fattani), ditulis oleh beberapa orang yang maksudnya adalah فطانى seperti ditulis pada hujung nama para ulama yang dinisbahkan asal usulnya dari negeri Fathani Darussalam.

Mengenai bahagian yang kedua pula adalah merupakan artikel yang pernah beliau tulis dalam majalah Dakwah (terbitan Disember 1997). Risalah ini beliau serahkan peganganannya kepada Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara yang bekerjasama dengan Penerbit Khazanah Fathaniyah bertujuan untuk memperoleh dana kewangan menghidupkan pertubuhan/persatuan itu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.411 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 1.6 cm
Edition

Format

ISBN

9789672126065

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tarikh Melayu Patani: Satu Himpunan Kitab Mengenai Sejarah Awal Patani Darussalam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.