Emmamalia: Kumpulan Esei

KEMALA, atau nama sebenar beliau Ahmad Khamal Abdullah, merupakan penerima Anugerah Sastera Negara 2011.

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
378 halaman termasuk Indeks

RM35.00

In stock

ISBN: 9789834923020 Product ID: 36217 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Emmamalia adalah kumpulan esei Kemala, atau nama sebenar beliau Ahmad Khamal Abdullah yang diterbitkan dalam Dewan Sastera sekitar tahun 2012 sehingga 2019. Melihat situasi dunia yang selalu bergolak pada abad ke20 dan menjelang abad ke-21 ini, dalam Emmamalia penulis sempat bertanya, akan runtuhkah peradaban, dan masih wujudkah kemanusiaan dan peradaban di dunia yang sama-sama dijulang dan ditunggangi Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB)? Jawapannya banyak menjurus kepada pesimisme. Di Nusantara Melayu Raya juga menghadapi masalah untuk mewujudkan tamadun yang diasaskan oleh nenek moyang kita. Pengalaman Malaysia ialah pengalaman yang berupa ujian bagi mewujudkan solidariti dan perpaduan antara kaum. Tolak ansur dan rasa saling menghormati menjadi jambatan utama untuk mengelakkan prasangka yang leluasa. Tragedi 13 Mei yang Malaysia lalui tentulah meninggalkan kesan yang tidak dapat dikikis begitu sahaja. Parutnya, parut yang abadi. Agama, budaya, bahasa dan adat resam menjadi pakaian tradisi yang bersatu dalam kehidupan sehari-hari masyarakat kaum berkenaan. Pemerintah, budayawan dan intelektual mencari cara penyelesaian yang halus, bukan secara drastik. Ilmu pengetahuan baharu bukan segala-galanya untuk mengatasi sensitiviti antara etnik itu. Isu ini turut penulis sentuh dalam Emmamalia.

Pengantar

2012
1. Keris Mas: Sasterawan Negara Emas Tempawan
2. Bersama-sama Emmamalia
3. Tujuh Surat Numera: Rindu Apakah Namanya Ini?
4. Serakah Perang Dunia Abad Ke-21

2013
1. Masih Adakah Peradaban Itu?
2. Mencari Makna Diri Awang Sariyan
3. Jalaluddin Rumi: Mengetuk Pintu Ketuhanan dengan Seribu Keajaiban
4. Di dalam Alif: Dakaplah Bulan Putih
5. Arena Wati dalam Balada
6. Buku yang Bisu atau Kitab Terbuka Ilahi
7. Tasawuf Pembebasan
8. Pengalaman Malaysia: Transformasi Budaya, Transformasi Akal Budi

2014
1. Puisi Melayu dalam Wadah Islam
2. Azah Aziz: Pantun, Baju Kurung dan Puisi
3. Pak Sako Akrab di Hatiku
4. Tanggapan Sepintas Lalu: Kritikan Sajak dalam Sastera Siber
5. Seni Kreativiti, Bestari Diri dan Pohon Tamadun

2015
1. Legasi Cinta Puisi Penyair NUMERA
2. Keselarian Mahabbah Shahnon Ahmad dengan Futuhul Ghayb Syeikh Abdal Qadar Gilani
3. Awam Il-Sarkam: Sekali Waktu Pernah Diamankan di Bukit yang Tidak Aman
4. Membaca Sasterawalalang Karya Hazwan Ariff Hakimi
5. Apabila Aktivis Mengenakan Jubah Sarjana dan Jaket Kreatif
6. Mengakrabi Usman Awang

2016
1. Sepanjang Jalan Kenangan: Dalam Ekspresi Seni Bersama-sama Rendra Si Burung Merak
2. Antara Sang Pujangga dengan Juara Otot
3. Aminur Rahman Penyair Unik Mencari Erti Cinta Sejati
4. Cakar Nanar: Suara Perlawanan Sahih Penyair Tanah Air
5. Waktu Kecil di Kampung Batu
6. Ziarah Tanah Kudup: Latar dan Proses Kreatif

2017
1. Kesusasteraan Indonesia-Malaysia: Hubungan Sejarah dan Rohaniah
2. Sasterawan NUMERA di Tengah Arus Perdana Kesusasteraan Malaysia dan Indonesia: Masihkah di Seribu Koma yang Bisu?

Indeks

Weight0.449 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.