Perihal Orang Melayu

FRANK SWETTENHAM (1850–1946) adalah pegawai pentadbir British dan merupakan Resident-General bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang pertama.

Terjemahan daripada judul asal Malay Sketches oleh ZUBAIDAH IBRAHIM

Penerbit UM (Cetakan Kedua, 2023)
184 halaman termasuk Indeks

RM58.00

Only 1 left in stock

Perihal Orang Melayu merupakan terjemahan daripada Malay Sketches oleh Frank Swettenham yang diterbitkan pada tahun 1884. Ciri-ciri orang Melayu daripada kacamata Frank Swettenham melalui pemerhatian beliau adalah orang Melayu berbadan pendek, gempal dan tegap, rambutnya lurus dan hitam, warna kulitnya gelap, hidung dan bibirnya agak tebal, dan matanya cerdas dan cerdik. Biasanya bersifat baik hati, gerak-gerinya sopan dan senang berbicara. Orang Melayu tidak pernah menikus, tetapi dengan orang yang tidak dikenalinya dia agak pendiam dan agak curiga, walaupun tidak ditunjukkannya. Orang Melayu merupakan seorang yang berani dan amanah dalam menjalankan tugas. Mereka juga bersikap suka berbelanja, suka meminjam wang, dan lambat pula membayar balik. Orang Melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangganya dan sebab itu kadang-kadang dia juga suka bercerita tentang hal orang.

Dia seorang yang konservatif, bangga dan cintakan tanahair dan rakyatnya, memuliakan adat resamnya, takut kepada rajanya, dan menghormati pihak berkuasa—tetapi dia mencurigai semua jenis pembaharuan dan akan menentang apa-apa pembaharuan yang dipaksakan ke atasnya. Dia pengikut Muhammad dan percaya kepada takdir, tetapi dia juga percaya kepada tahyul. Dia tidak pernah meminum sebarang minuman yang memabukkan, jarang-jarang sekali menghisap ganja. Tetapi gemar berjudi, menyabung ayam dan permainan-permainan lain seperti itu. Dia memang semula jadinya suka bersukan, pandai menangkap dan menjinakkan gajah, nelayan yang mahir, dan sungguh cekap sekali dengan perahu. Semangat berpuak-puak juga tebal dalam dirinya. Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekalipun dengan pertumpahan darah. Jika dia merasa maruahnya dicemarkan, sama ada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntut bela.

Kata Pengantar
Prakata
Sir Frank Athelstane Swettenham (1850-1946)
Penterjemah

1. Orang Melayu
2. Harimau
3. Suatu Perkelahan
4. Pembunuhan Seorang Penjaja
5. Menggeluncur
6. Amuk
7. Tarian Joget
8. Kisah Mat Aris
9. Latah
10. Wanita Sejati
11. Di Tengah Malam
12. Van Hagen dan Cavaliero
13. Berlalunya Penglima Prang Semaun
14. Berhantu
15. Gelagat Raja
16. Sebuah Percintaan Melayu
17. Tahyul Orang Melayu
18. Menebar dengan Jala
19. James Wheeler Woodford Birch
20. Satu Peristiwa Peribadi
21. Nakodah Orlong
22. Senja di Tanah Melayu

Indeks

Weight0.299 kg
Dimensions22.7 × 15 × 1 cm
Author(s)

,

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

  1. Nurul Azman (verified owner)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.