Terengganu Darul Iman: Tradisi Pensejarahan Malaysia

MUHAMMAD YUSOFF HASHIM ialah pensyarah kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

DBP (Cetakan Kedua, 2023)
1412 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM250.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789836222626 Product ID: 37371 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Terengganu Darul Iman: Tradisi Pensejarahan Malaysia memperkatakan tentang sejarah dan pensejarahan Terengganu antara tahun 1880-an hingga tahun 1930-an. Buku ini dihasilkan secara analitis dan kritis berdasarkan sebuah teks Melayu tradisional bercorak sejarah yang ditulis oleh Tengku Dalam Kalthum. Buku ini mengemukakan perbezaan antara pandangan sejarah dengan keperibadian dan etos kemelayuan dari kalangan istana dengan etos dan pensejarahan yang ditulis oleh orang Inggeris dan peribumi yang bukan dari kalangan istana. Buku ini juga membincangkan kaedah pensejarahan dan konsepsi sejarah pada pandangan penulis Melayu elit dan kesinambungan elitis para pujangga Melayu pada zaman sebelumnya di Terengganu dan di alam Melayu. Buku ini dapat menghubungkan idea tentang sejarah dengan masalah penghasilan dan etos kesusasteraan Melayu klasik.

Buku ini turut membincangkan sejarah dan maklumat pensejarahan Terengganu yang belum lagi diketahui umum. Semua maklumat ini diperoleh daripada ahli sejarah tempatan dan mengikut pandangan serta pengamatan orang Melayu tempatan. Buku yang memperlihatkan tradisi pensejarahan Melayu di peringkat negeri ini akan dapat dijadikan landasan untuk membina suatu tradisi pensejarahan peribumi negara ini, bukan hanya dengan gagasan impian sahaja malah melalui penerbitan yang komprehensif. Buku ini akan dapat memenuhi kekosongan dalam ruang untuk tahap-tahap tertentu dalam sejarah Malaysia yang masih belum dikaji dan diketahui ramai,

Asas kajian untuk buku ini ialah penyelenggaraan dan penganalisisan sebuah teks Melayu tradisional yang bercorak sejarah di Terengganu. Teks ini terdiri daripada tiga buah naskhah. Teks yang diselenggara ini kemudian dijadikan satu kajian kes untuk melihat perkembangan persejarahan Melayu Terengganu antara tahun 1881 hingga tahun 1936, kerana teks yang bercorak puisi riwayat yang dikaji adalah “wakil” untuk meneliti persejarahan tempatan yang telah berkembang selama lebih kurang empat setengah dekad. Dalam kes yang lebih khusus, teks ini dijadikan sandaran bagi meneliti secara kritis dan mendalam tentang pendekatan dan kaedah yang diambil dan digunakan oleh seorang penulis Melayu masa lampau bagi menuliskan sejarah masyarakat tempat beliau berada. Penulis berkenaan menggunakan nilai-nilai tradisional dan tempatan yang wujud. Hubungan teks berkenaan sebagai sebuah hasil penulisan dengan makna sejarah yang diperlihatkan olehnya amatlah rapat.

Serentak dengan itu juga, diselidikilah kedudukan teks yang dikaji ini sebagai sebuah penghasilan tempatan dan hubungannya dengan beberapa buah teks yang sejenis dengannya dalam lingkungan korpus hasil-hasil penulisan tradisional Melayu yang dianggap muncul dari genre yang serupa. Apabila satu kajian seperti ini didekati, maka perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan permasalahan penghasilan teks diperhatikan juga. Antara perkara tersebut ialah etos penulisan tempatan tradisional, sudut pandangan dan persepsi yang terterap ke dalam penulisan, pendekatan dan kaedah penulisan yang digunakan, serta tumpuan pemikiran seorang penulis tempatan yang dipancarkan. Hal-hal ini ditinjau secara relatif dan dikaitkan secara menyeluruh dengan bidang penulisan sejarah-sastera Melayu yang lain umumnya. Pada keseluruhannya, hasil penulisan sejarah tempatan ini diteliti dalam lingkungan “tradisi” dan “konvensi” penghasilan tradisional Melayu. Hal ini dilihat sebagai satu warisan sejarah, yang dihasilkan oleh masyarakat pada masa yang lalu, yang diperturunkan hingga ke bahagian kedua, awal abad ke-20.

Prakata
Penghargaan
Singkatan

1. Tradisi Pensejarahan Melayu Terengganu Darul Iman Sebelum Tahun 1940-an
2. Naskhah-naskhah Teks yang Dikaji
3. Sejarah Ringkas Terengganu Darul Iman sebagai Latar Belakang kepada Penganalisisan R.T.D.
4. Analisis R.T.D. sebagai Penghasilan Sejarah Melayu Terengganu Darul Iman 1881-1936
5. Epilog (T.D.K., R.T.D. dan Tradisi)

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight1.346 kg
Dimensions21.5 × 14 × 5.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

,

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.