Out of stock

Melayu Mahawangsa: Tanah Air, Sejarah, Kerajaan dan Peradabannya

Disunting oleh MD. SALLEH YAAPAR dan NASHA RODZIADI KHAW

Penerbit USM (Cetakan pertama, 2023)
146 halaman termasuk Indeks

RM35.00

Out of stock

ISBN: 9789674616946 Product ID: 37631 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Melayu Mahawangsa: Tanah Air, Sejarah, Kerajaan dan Peradabannya menampilkan jejak manusia Melayu sebagai suatu rumpun bangsa yang sudah lama wujud, besar populasinya dan hebat pula pencapaiannya. Bangsa Melayu telah berabad-abad lamanya wujud di wilayah asal mereka yang dikenali sebagai Benua Sunda (Sundaland) sebelum benua itu ditenggelami banjir besar sekitar 14,000 tahun dahulu. Tanah air bangsa Melayu kini bukan sahaja tegak di Malaysia, Patani, Singapura, Brunei dan Sumatera, tetapi meliputi seluruh Kepulauan Melayu: Malah, hasil penghijrahan besar-besaran akibat peristiwa banjir pada zaman prasejarah dahulu, tanah air mereka kemudiannya melebar-hingga meliputi belahan dunia yang merentasi dua samudera yang amat luas, iaitu Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Sejak awal abad ke-19, tanah air mereka yang bertaburan di dua samudera tersebut telah dirujuk oleh masyarakat antarabangsa sebagai Malayo-Polynesia. Seperti yang dibayangkan oleh peristiwa penghijrahan mereka, pencapaian bangsa Melayu pada asasnya berkisar pada bidang ilmu dan kehidupan yang berkaitan dengan navigasi dan perdagangan maritim. Namun, mereka juga hebat dalam bidang-bidang yang lain. Hal ini antaranya terbukti atas sumbangan mereka terhadap perkembangan budaya bangsa-bangsa lain di dunia, termasuk bangsa China dan India di Asia serta bangsa Perancis dan Itali di Eropah. Semua ini menjadi asas yang kukuh untuk mereka digelar Melayu Mahawangsa.

Sekapur Sirih
Prakata

Mukadimah
Md Salleh Yaapar dan Nasha Rodziadi Khaw

1. Melayu Mahawangsa: Asal Usul, Penghijrahan dan Peradabannya
Md Salleh Yaapar

2. Asal Usul Melayu Mahawangsa Berasaskan Kajian DNA
Zafarina Zainuddin

3. Zaman Protosejarah Semenanjung Tanah Melayu: Sejarah dan Kebudayaan
Nasha Rodziadi Khaw

4. Institusi Raja Melayu dan Hubungan Pemerintah-Rakyat
Azmi Arifin

5. Di Sebalik Kejatuhan Empayar Melayu Melaka 1511: Antara Fakta dan Auta
Nazarudin Zainun

6. Enrique de Malacca: Manusia Pertama yang Berjaya Mengelilingi Dunia
Md Salleh Yaapar dan Nasha Rodziadi Khaw

7. ‘Selagi ada Matahari dan Bulan’: Kedah dan Pulau Pinang dalam Satu Lipatan Sejarah
Mahani Musa

8. Melayu Mahawangsa: Aksi dan Citranya dalam Kesenian China, India dan Eropah
Md Salleh Yaapar

9. Khatimah
Md Salleh Yaapar dan Nasha Rodziadi Khaw

Penyumbang
Indeks

Weight0.295 kg
Dimensions24 × 16.5 × 1.3 cm
Author(s)

, , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.