Tokoh-tokoh Pejuang Rakyat

Disunting oleh SYED HUSIN ALI, ABDUL RAHMAN EMBONG dan ZIKRI RAHMAN

Pusat Sejarah Rakyat (Cetakan pertama, 2023)
332 halaman termasuk Indeks

RM60.00

In stock

ISBN: 9789672683414 Product ID: 38124 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Tokoh-tokoh Pejuang Rakyat menghimpunkan kisah dan peranan 28 sosok serta jaringan gerakan dan aktivisme yang disertai mereka dalam menyumbang kepada perjuangan kemerdekaan tanah air serta mereka yang hidup dan berjuang selepas merdeka untuk membela kepentingan rakyat demi mengisi kemerdekaan. Buku ini mengambil perspektif sejarah rakyat yang berusaha supaya ia seinklusif mungkin walaupun tidak mungkin untuk melakukan sepenuhnya. Ia mengandungi kisah-kisah individu yang pernah menyumbang kepada perjuangan kemerdekaan tanah air serta mereka yang hidup dan berjuang selepas merdeka demi membela kepentingan rakyat serta hak demokrasi dan keadilan. Mereka berjuang dalam zaman masing-masing dan dengan cara masing-masing. Ada di antara mereka sudah dikenali umum, tetapi banyak juga kurang dikenali apalagi diketahui secara mendalam. Sebahagiannya walaupun diketahui umum, peranan dan sumbangan mereka sering diremehkan, dan tidak diakui dalam sejarah rasmi negara.

Pendek kata, sejumlah tokoh-tokoh ini yang berjuang melawan penjajahan untuk kemerdekaan serta mereka yang berjuang selepas merdeka untuk mengisi kemerdekaan demi membela rakyat dan menuntut demokrasi dan keadilan, sering diletakkan pelbagai label seperti kiri, radikal, pengkhianat, melawan arus dan sebagainya, serta berada di pinggiran dalam naratif sejarah tanah air. Adalah diakui bahawa sudah terdapat sejumlah tulisan tentang tokoh-tokoh dalam sejarah yang ditulis dari perspektif alternatif ataupun perspektif rakyat. Namun, masih banyak lagi tokoh-tokoh masyarakat yang telah membuat sumbangan kepada negara dan rakyat tetapi kurang ataupun tidak disoroti. Buku ini cuba mengetengahkan sebahagian daripada tokoh-tokoh ini dengan kisah masing-masing agar dapat dibaca dan diketahui umum.

Prakata
Pendahuluan

1. Abdul Aziz Ishak – Pejuang Kemerdekaan dan Kesejahteraan Rakyat
2. Abdul Hadi Haji Hassan – Tokoh Perguruan Nusantara dan Pelopor Nasionalisme
3. Abdul Razak Ahmad – Pejuang Sosialis Yang Gigih
4. Abu Bakar Al-Baqir – Ulama Penuntut Kemerdekaan
5. Abdul Samad Ismail – Tokoh Sohor Kewartawanan dan Kesusasteraan
6. C.C. Yong – Pejuang Kaum Buruh
7. Dahari Ali – Pejuang Kemerdekaan Dua Negara
8. Ganapathy & Veerasenan – Wira Tak Didendang
9. Hasnul Hadi – Pejuang Sosialis Yang Gigih dan Penggiat Sastera
10. Hamid Tuah – Pembela Kaum Tani Tidak Bertanah
11. Ishak Surin – Pejuang Rakyat Marhaen dan Cita-cita Sosialisme
12. Lim Kean Chye – Tokoh Peguam & Pendiri Malayan Democratic Union
13. Lily Eberwein – Aktivis Wanita dan Guru Teladan Sarawak
14. Mat Salleh – Pejuang Borneo Utara
15. M.K. Rajakumar – Patriot dan Intelektual Awam Par Excellence
16. Peter Teh Boon Poh – Aktivis Pelajar dan Kesatuan Sekerja
17. P.G. Lim – Tokoh Peguam dan Diplomat Yang Berpihak
18. Rosli Dhobi – Pejuang Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak
19. Rasammah Bhupalan – Pejuang Kemerdekaan, Pendidik dan Pelopor Perjuangan Gaji Setara
20. Siti Norkiah Mahmud Baginda – Pejuang Anti-Penjajah dan Gerilawan Sejati
21. Shamsiah Fakeh – Pejuang Kemerdekaan dan Revolusioner Wanita
22. Tan Kai Hee – Tonggak Parti Buruh
23. Tajuddin Kahar – Pejuang Rakyat yang Gigih
24. Tan Chee Khoon – Tuan Pembangkang Yang Dihormati
25. Tan Tee Choo – Aktivis Anak Muda dan Tahanan Politik
26. V. David – Pejuang Golongan Tertindas dan Tonggak Gerakan Pekerja Malaysia
27. Zakaria Gunn – Tokoh PKMM Borneo Utara

Senarai Penulis
Indeks

Weight0.465 kg
Dimensions21 × 14.7 × 1.9 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.