Risālah Ḥayy ibn Yaqẓān: Terjemahan Melayu-Jawi oleh Aḥmad 'Abd al-Qādir ibn 'Abd al-Raḥmān Filfilānī

IBN ṬUFAYL (~ d. 1185) dilahirkan di Wādī Āsh, sebuah negeri di Wādī Khaṣīb lebih kurang 60 kilometer jauh tempatnya dari Gharnāṭah. Beliau hidup pada zaman kerajaan al-Muwaḥḥidūn di bawah Sulṭān Abū Ya’qūb Yūsuf dan pernah dilantik sebagai Menteri dan Penasihat kepada Sultan.

Terjemahan Melayu-Jawi oleh AḤMAD ‘ABD AL-QĀDIR IBN ‘ABD AL-RAḤMĀN FILFILĀNĪ

Pengenalan oleh MOHD HILMI RAMLI dan ZALEHA AHMAT

AJM (Cetakan pertama, 2023)
127 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

In stock

ISBN: 9789672422457 Product ID: 38734 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Risālah Ḥayy ibn Yaqẓān adalah satu-satunya karya Ibn Ṭufayl (d. 1185M) yang diketahui, yang ditulis berlatarbelakangkan kerancakan pertembungan aliran pemikiran falsafah, kalam dan tasawwuf dalam kepesatan tamadun Islam. Risalah ini diterjemah kepada Melayu-Jawi daripada bahasa Arab oleh Aḥmad ‘Abd al-Qādir ibn ‘Abd al-Raḥmān Filfilānī sekitar awal abad ke-20. Ibn Ṭufayl menyebutkan dalam pendahuluan Risālah Ḥayy ibn Yaqẓān bahawa tujuan beliau menulis karya itu adalah daripada permintaan seorang rakannya yang mahu mengetahui mengenai Falsafah Timur (Ḥikmah al-Mashriqiyyah). Falsafah Timur merujuk kepada geografi aliran falsafah yang muncul dari Mashriq (Timur), seperti Khurasan, Mā Warā’ al-Nahr, tempat di mana ramai ahli falsafah Muslim datang dari situ, seperti al-Kīndī, al-Farabī, Ibn Sīnā, dan ramai lagi. Ḥikmah al-Mashriqiyyah bukan merujuk kepada maksud khusus aliran falsafah Ishraqī seperti yang difahami kebanyakan orang.

Risālah Ḥayy ibn Yaqẓān mempunyai pengaruh yang sangat besar di dunia Barat apabila dicetak buat kali pertama pada tahun 1671 bersama dengan terjemahan Latin oleh Edward Peacock di Oxford di bawah tajuk Philosophus Autodidactus (The Self-Taught Philosopher). Karya ini telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, Belanda, Jerman, Hebrew, Perancis, Russia, dan Sepanyol, dan telah disunting beberapa kali. Bukan itu sahaja, pengaruh falsafah dalam buku ini telah mempengaruhi kesusasteraan kreatif dan perfileman di Barat, sehingga diadaptasi dalam novel berjudul Robinson Crusoe dan dijadikan filem Tarzan. Menurut Magda El-Nowieemy, seorang profesor dalam Yunani dari University of Alexandaria, Mesir, pengaruh Ḥayy ibn Yaqẓān sangat besar dalam kebangkitan zaman pencerahan di Barat. Penterjemahan Risālah Ḥayy ibn Yaqẓān juga telah masuk ke Alam Melayu bermula awal kurun ke-19. Penterjemahan dalam edisi Jawi ini dicetak oleh Penang and Streets Press Company, Pulau Pinang pada tahun 1336 Hijrah (1917 Masihi). Menurut Mohd Salleh Yapar, karya Ḥayy ibn Yaqẓān memang terkenal di Barat, akan tetapi tidak terkenal di Alam Melayu.

Penghejaan dan Perumian
Catatan Penyunting

Bahagian I

Risālah Ḥayy ibn Yaqẓān Pada Rahsia Ḥikmah al-Mashriqiyyah: Falsafah Ibn Tufayl di ‘Alam Melayu Menerusi Kitab Jawi
Mohd Hilmi Ramli

Rahsia Pada Jalan Menjejaki Risalat Hayy Bin Yakzan: Bahasa Melayu dari Abad Lalu
Zaleha Ahmat

Bahagian II

Salinan Kitab
Catatan Penjawian

رسالة حى بن يقظان
Risālah Ḥayy ibn Yaqẓān

Bibliografi
Indeks

Weight0.231 kg
Dimensions21.5 × 13.8 × 1 cm
Author(s)

, , ,

Format

Language

Script

Jawi, Roman

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.