Piring Puisi Melayu

ABU MUAWIYAH ialah pengkaji sejarah dan pengumpul barangan warisan sejarah Nusantara yang memiliki tulisan jawi dan Arab.

Maktabah Nasir Addunya Waddin (Cetakan pertama, 2023)
326 halaman termasuk Rujukan

RM55.00

In stock

ISBN: 9786299792208 Product ID: 38763 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Piring Puisi Melayu merupakan sebuah kajian yang mendalami keindahan dan kedalaman seni puisi yang dihias pada kepingan piring-piring Eropah yang masuk ke Alam Melayu menerusi Betawi, Indonesia. Piring Eropah terhias puisi-puisi Melayu sememangnya memilih daya tarikan cukup tinggi. Paparannya bukan sahaja menawan ai yang melihat, bahkan turut mempesonakan hati yang membacanya Adapun di sini akan dihuraikan serba sedikit elemen-elemen yang terkandung di muka hadapan dan belakang piring puisi Melayu beserta variasinya. Turut disentuh hal-hal selainnya berkaitan latar piring puisi Melayu yang mesti diketahui oleh setiap pembaca. Penulis membawa pengenalan kepada struktur dan elemen yang terkandung dalam piring puisi Melayu berpandukan gambar rajah piring yang diberikan.

Pada tahun 1850 hingga 1900 telah menyaksikan kemasukan besar-besaran seramik khususnya berbentuk piring dan mangkuk dari Eropah. Persaingan antara firma-firma Eropah juga sengit berlaku terutama dalam usaha untuk memonopoli pasaran seramik di Alam Melayu. Maka kita dapat lihat persaingan lebih tertumpu kepada peragaan muka hadapan piring dalam upaya menambat hati penduduk Alam Melayu di samping soal kualiti, reka bentuk, harga dan keselesaan. Adapun secara umumnya piring-piring seramik Eropah yang masuk ke Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama adalah piring-piring yang bersifat umum bagi pasaran universal. Piring-piring ini dieksport bukan sahaja ke wilayah-wilayah Asia Tenggara, bahkan juga ke serata pelosok alam dan hari ini ia turut dapat ditemui di negara-negara luar yang lain. Manakala kategori kedua pula adalah pasaran khusus bagi Asia Tenggara dan kebanyakan disasarkan ke negeri-negeri Melayu.

Piring seramik dalam kategori kedua ini memaparkan gambaran negeri-negeri Melayu, haiwan, tumbuhan, buah-buahan, ilustrasi latar pemandangan negeri-negeri Melayu, nama-nama wilayah dalam Alam Melayu, bertulisan rumi dan jawi, kalimah syahadah, nama-nama khalifah Islam, dan puisi-puisi Melayu nan indah dalam tulisan jawi. Untuk paparan puisi-puisi tersebut, dikaji secara khusus menerusi buku ini. Adapun diketahui piring-piring bertulis puisi Melayu ini telah dikeluarkan oleh firma W. Adams & Sons, J., Hawley dan F. Regout & Co. Dianggarkan piring-piring ini dikeluarkan seawal 1850 manakala keluaran F. Regout agak lewat iaitu sekitar tahun 1892-1896.

Sirih Sekapur

Bahagian I – Pengenalan

Sejarah Ringkas Betawi
Kegiatan Ekonomi Inggeris di Betawi
Perusahaan Seramik Eropah
Betawi Pusat Pemasaran Seramik Eropah
Motif Paparan Piring Seramik Eropah
Fungsi dan Kegunaan Piring Seramik Eropah

Bahagian II – Perihal Piring Puisi Melayu

Struktur dan Kandungan Piring Puisi Melayu
Cap Tanda
Kaedah Penghasilan Piring Puisi Melayu
Bentuk Piring Puisi Melayu
Bahasa dan Tulisan Piring Puisi Melayu
Jurutulis dan Kaligrafi
Pantun Bingkai
Puisi Utama
Usaha Menghidupkan Semula Piring Puisi Melayu
Kepercayaan Masyarakat Alam Melayu Terhadap Piring Puisi Melayu
Keberadaan Piring Puisi Melayu Kini
Kerosakan dan Konservasi Piring Puisi Melayu

Bahagian III – Perihal Puisi-puisi Melayu dalam Piring Puisi Melayu

Pantun
Ciri-ciri Pantun Piring Puisi Melayu
Syair
Ciri-ciri Syair Piring Puisi Melayu
Tema dan Isi Puisi Piring Puisi Melayu
Romantis
Nasihat
Lain-lain Tema dan Isi
Gaya Bahasa Puisi Piring Puisi Melayu
Bahasa Perbandingan
Bahasa Teguran
Bahasa Penegasan dan Perulangan
Lain-lain Gaya Bahasa
Sumber Puisi Piring Puisi Melayu
Sumber Sedia Ada
Karya Jurutulis

Bahagian IV – Katalog Piring Puisi Melayu

Piring Puisi Melayu Jenis A
Piring Puisi Melayu Jenis B
Piring Puisi Melayu Jenis C
Piring Puisi Melayu Jenis D
Piring Puisi Melayu Jenis E
Piring Puisi Melayu Jenis F
Piring Puisi Melayu Jenis G
Piring Puisi Melayu Jenis H

Lampiran
Glosari Puisi Piring Puisi Melayu
Rujukan Gambar Katalog Piring Puisi Melayu
Puisi-puisi Piring Puisi Melayu dalam Rujukan Henri Chambert-Loir
Koleksi Piring Puisi Melayu dalam Muzium dan Kompleks Sejarah
Koleksi Piring Puisi Melayu dalam Simpanan Penulis
Jumlah Keseluruhan Piring Puisi Melayu

Rujukan

Weight0.555 kg
Dimensions21 × 14.6 × 2.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.