Out of stock

Pusaka Melayu: Pada Menyatakan Asal Keturunan Raja-Raja Melayu yang Telah Diringkaskan daripada Kitab “Sejarah Melayu”

ABDULLAH MUNSYI (1796-1854) ialah seorang penulis sohor dan merupakan salah seorang tokoh persuratan Melayu yang disegani, terutamanya sumbangan beliau dalam bidang persuratan Melayu dan kewartawanan.

Transliterasi oleh ARSYAD MOKHTAR

Baytul Hikma (Cetakan pertama, 2019)
74 halaman termasuk Lampiran

RM25.00

Out of stock

ISBN: 4365016810004 Product ID: 38793 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Pusaka Melayu: Pada Menyatakan Asal Keturunan Raja-Raja Melayu yang Telah Diringkaskan daripada Kitab “Sejarah Melayu” merupakan sebuah karya transliterasi yang diusahakan oleh Arsyad Mokhtar, terhadap sekumpulan manuskrip jawi yang tersimpan di Universiti Harvard. Bahagian terbesar adalah transliterasi manuskrip Pusaka Melayu hasil tulisan Abdullah Munsyi. Manuskrip ini menjelaskan salasilah Raja-raja Melayu yang dituliskan oleh beliau merangkumi kisah kerajaan Singapura Tua, pembukaan Melaka yang sangat berbeza dengan kisah Parameswara (bahkan tiada langsung disebutkan nama Parameswara) dan paling penting kesemua peristiwa besar itu dinyatakan tahun Hijrahnya. Berkemungkinan juga perkara ini akan membuka lembaran baru (atau polemik) pensejarahan negara, khasnya Melaka.

Tidak kurang menarik juga adalah catatan ayah Abdullah Munsyi, iaitu Munsyi Abdul Kadir berkenaan pelayarannya mengumpulkan kitab-kitab hikayat di Riau, Lingga dan Terengganu. Kisah ini ada disentuh sepintas lalu oleh Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah, tetapi di sini diceritakan dengan agak terperinci. Seterusnya adalah segugus Syair Cinta Berahi yang indah, dinyatakan di salah satu rangkapnya bahawa dikarang oleh Hamid Kerani. Kemudian diikuti beberapa surat, seterusnya diakhiri dengan surat yang berkaitan Kedah, menerbitkan rasa geram terhadap permainan jahat Inggeris bermain kayu tiga bersama Siam dalam menjahanamkan Kedah. Apapun, sejarah yang berlalu itu eloklah direnung sebagai iktibar oleh kita dalam mendepani hari ini dan hari-hari muka.

Kata Pengantar
Mukadimah Transliterasi

Teks Transliterasi
1. Pusaka Melayu
2. Surat Putera Sambas Kepada Tuan Robin
3. Surat Walter Samuel Kepada Yang Dipertuan Aceh
4. Syair Cinta Berahi
5. Surat Pengakuan Abdul Kadir
6. Surat Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah Kepada Gabenor
7. Surat Tuan Bonham Kepada Chao Phraya Phrak Klan

Lampiran Manuskrip Jawi
1. Pusaka Melayu
2. Surat Putera Sambas Kepada Tuan Robin
3. Surat Walter Samuel Kepada Yang Dipertuan Aceh
4. Syair Cinta Berahi
5. Surat Pengakuan Abdul Kadir
6. Surat Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah Kepada Gabenor
7. Surat Tuan Bonham Kepada Chao Phraya Phrak Klan

Weight0.143 kg
Dimensions21.5 × 13.9 × 0.6 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.