Muhammad Haji Salleh: Pelayaran Si Tenggang di Lautan Ilmu

AWANG AZMAN AWANG PAWI ialah pensyarah kanan di Jabatan Sosio-Budaya, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

DBP (Cetakan pertama, 2023)
ix + 335 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM65.00

In stock

ISBN: 9789834940416 Product ID: 40224 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Muhammad Haji Salleh: Pelayaran Si Tenggang di Lautan Ilmu mencakupi riwayat hidup tokoh yang lengkap, subjek falsafah kepengarangan, sikap dan pemikiran, dan sumbangan beliau dalam pelbagai genre sastera di peringkat nasional, serantau, dan antarabangsa. “Si Tenggang di Lautan Ilmu” merupakan metafora yang bertolak daripada judul kumpulan puisi kedua Muhammad Haji Salleh yang berjudul Buku Perjalanan Si Tenggang II yang terbit pada tahun 1975. Kumpulan puisi kedua beliau itu telah menjadi penanda aras kepenyairan Muhammad Haji Salleh dalam kalangan sarjana kesusasteraan di Malaysia dan pengkritik sastera sehingga ke hari ini. Walaupun Muhammad Haji Salleh sering dianggap sebagai pengarang pascakolonial, namun beliau bukanlah seperti pengarang pascakolonial lain seperti Gabriel Okara, Chinua Achebe, Raja Rao, Salman Rushdie, atau pengarang di negaranya sendiri seperti Wong Phui Nam dan Shirley Lim.

Terdapat jaluran berbeza yang dibawa oleh Muhammad Haji Salleh, sebagai identiti yang membezakannya dengan yang lain. Tidak diragui, Muhammad Haji Salleh lebih mirip dan mempunyai persamaan dengan pemikir dan seniman Afrika yang ulung, iaitu Ngũgĩ wa Thiong’o. Muhammad Haji Salleh tidak mempercayai penyesuaian dan pembudayaan bahasa Inggeris sebagai proses dekolonisasi, tetapi sependapat dengan Ngũgĩ wa Thiong’o, yang percaya bahawa pemulihan identiti etnik, kebudayaan atau nasional merupakan suatu kewajipan. Oleh hal yang demikian, beliau cenderung menolak penulis bahasa Inggeris, dan enggan untuk menyatukan realiti dan identiti bahawa bahasa menganjur kepada pembentukan yang memihak kepada bahasa ibunda, sekali gus menguatkan hubungan yang wujud antara bahasa dengan negara.

Prakata

1. Bermula Sebuah Perjalanan
2. Hari Bersejarah
3. Pengembaraan Ilmu
4. Cinta, Shinto dan Batu Karang
5. Pulang ke Gagang
6. Meneruskan Perjalanan
7. Tiket yang Tidak Sempat Menguning
8. Nurani di Harvard
9. Kembara yang Tidak Pernah Sepi
10. Kekinian dan Taulan
11. Kisah daripada Foto

Biodata Penulis
Bibliografi
Indeks

Weight0.451 kg
Dimensions21.5 × 14 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.