Gerakan Mahasiswa Kontemporari: Pergolakan dan Penjajaran Identiti

Penulisan bersama WAN NOR ADILAH WAN MOHD PARID, NAZRUL FAZAMI MOHAMAD dan MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAIL

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2024)
xiii + 203 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM68.00

In stock

ISBN: 9789674883027 Product ID: 41069 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Gerakan Mahasiswa Kontemporari: Pergolakan dan Penjajaran Identiti menyorot perkembangan gerakan mahasiswa di Malaysia selepas pindaan AUKU 2012 dengan memfokuskan kepada kajian kes di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Gerakan mahasiswa merupakan salah satu kuasa pendesak penting selepas kemerdekaan. Namun begitu, kewujudan Akta Kolej dan Universiti (AUKU) 1971 sering kali dianggap melesukan kelantangan dan keaktifan gerakan itu. Pasca-AUKU, gerakan mahasiswa kerap bermasalah untuk berdiri sebagai entiti yang relatifnya bebas kerana diresapi oleh pengaruh parti-parti politik. Perkembangan sejak lebih sedekad lalu menyaksikan beberapa peruntukan AUKU yang disifatkan mengekang kelantangan gerakan mahasiswa telah dipinda. Transisi rejim Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2020 telah memberi nafas baru buat gerakan mahasiswa di Malaysia. Namun begitu, adakah kesemua pindaan ini telah menjadikan gerakan mahasiswa kembali sebagai gerakan sosial yang disegani?

Buku ini menghujahkan pasca pindaan AUKU yang bermula pada 2012 tidak membawa banyak perubahan terhadap gerakan mahasiswa untuk kembali menjadi sebuah badan pendesak yang berwibawa. Merujuk kepada dua kajian kes gerakan mahasiswa di dua buah universiti ulung Malaysia iaitu Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, buku ini mendapati berlakunya penerusan trend berpihak kepada parti politik dalam aktivisme mahasiswa di kedua-dua universiti. Malahan, trend ini dilihat lebih akrab dengan peluang keterbukaan yang tersedia dalam kerajaan Pakatan Harapan pada era pasca-PRU-14. Implikasinya memperlihatkan budaya aktivisme gerakan mahasiswa telah berubah daripada mementingkan kesatuan kepada budaya persaingan yang seakan-akan sama dengan praktis parti politik. Pengenduran nilai solidariti dan kesatuan ini sekali gus memperlihatkan kesuraman dalam politik mahasiswa. Justeru, meletakkan fenomena kelesuan yang berlaku semata-mata disebabkan oleh AUKU adalah sesuatu yang boleh diperdebatkan.

Prakata

1. Pengenalan
Latar Isu
Gerakan Mahasiswa sebagai Unsur Pendemokrasian
Memahami Gerakan Mahasiswa dari Aspek Konseptual
Mengenai Buku Ini
Pembahagian Bab

2. Memposisikan Gerakan Mahasiswa di Malaysia
Dekad Awal Merdeka (1949-1959)
Gerakan Mahasiswa Era 1960-an: Dekad Tradisi Mencabar
Gerakan Mahasiswa Era 1970-an: Dekad Kawalan AUKU
Gerakan Mahasiswa Era 1980-an (1980-1996): Dekad Proksi
Gerakan Mahasiswa Era 1990-an (1997-2012): Dekad Romantisme

3. AUKU dan Pindaan 2012
Pindaan-Pindaan AUKU 1971
Had dan Batasan Mahasiswa dalam Berpolitik
Pindaan AUKU 2012: Penglibatan Mahasiswa dalam Politik
Faktor-Faktor Kerajaan Membuat Pindaan AUKU 2012
Faktor Tarikan
Faktor Penolak
Kesimpulan

4. Gerakan Mahasiswa Pasca Pindaan AUKU 2012: Kajian kes Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia
Mekanisme Kawalan di Peringkat Universiti
Perkembangan Gerakan Mahasiswa di dalam Kampus
Perkembangan Gerakan Mahasiswa di luar Kampus
Kesimpulan

5. Pergolakan dan Penjajaran Identiti Baru: Daripada Barisan Nasional ke Pakatan Harapan
Antara Peluang dan Penaungan
Trend Aktivisme Politik Mahasiswa UM dan UKM Pasca-PRU-14
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Trend Gerakan Mahasiswa UM dan UKM Pasca-PRU-14
Pergolakan Jemaah Islam Kampus (JIK)
Trend Ketidaksivilan dalam Gerakan Mahasiswa
Kesimpulan

6. Karakter dan Implikasi Hubungan Gerakan Mahasiswa dengan Parti Politik Pasca-PRU-14
Aspek Pembentukan Hubungan Gerakan Mahasiswa dengan Parti Politik di UM dan UKM
Mekanisme Hubungan Gerakan Mahasiswa dengan Parti Politik di UM dan UKM
Implikasi Hubungan antara Gerakan Mahasiswa dengan Parti Politik
Pendekatan Demonstrasi
Kesimpulan

7. Apa yang Dipelajari dan Renungan Masa Hadapan
Dari Kesatuan ke Persaingan Politik
Dua Faktor Pencelah
Implikasi Teori
Perkembangan Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15

Rujukan
Indeks

Weight0.33 kg
Dimensions22.8 × 15 × 1.1 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.