Arkeologi Maritim di Malaysia dan Asia Tenggara

ASYAARI MUHAMAD ialah pensyarah kanan di Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

DBP (Cetakan pertama, 2024)
xi + 269 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM75.00

In stock

ISBN: 9789834941956 Product ID: 41659 Subject: Sub-subjects: , , ,

Arkeologi Maritim di Malaysia dan Asia Tenggara mendedahkan latar sejarah perkembangan arkeologi maritim di Malaysia secara khususnya dan di rantau Asia Tenggara secara amnya. Antara aspek yang akan disentuh termasuklah tentang latar sejarah apabila munculnya kegiatan sea-faring atau pergerakan melalui jalan air ini di setiap negara. Bukti-bukti melalui hasil dapatan kajian daripada kegiatan penyelidikan arkeologi maritim, arkeologi bawah air akan dipaparkan demi pengetahuan awal berkenaan dengan isu tersebut. Pemaparan tentang latar perkembangan penyelidikan arkeologi secara terpimpin di Malaysia dan rantau ini juga akan didedahkan agar para pembaca mengetahui latar belakang sejarah penyelidikan arkeologi maritim ini. Tinjauan terhadap perkembangan arkeologi maritim dan bawah air di negara jiran, misalnya Indonesia, Thailand, Kemboja dan Vietnam dapat menjelaskan lagi perhubungan Malaysia dengan negara-negara tersebut berdasarkan kegiatan maritim sejak awal abad pertama Masihi lagi.

Perkembangan kegiatan maritim pada tahap awal ini dapat menjelaskan kepada kita beberapa persoalan. Misalnya, isu hubungan dua hala dari aspek perekonomian dan perdagangan, aktiviti sosial, pentadbiran, penjajahan, peperangan dan pengaruh penyebaran agama pada peringkat awal. Melalui kajian arkeologi maritim secara mendalam hasil daripada bukti tinggalan artifak, ekofak dapat merungkaikan isu tersebut. Buku ini juga akan meninjau secara khusus perkembangan arkeologi maritim selepas era penjajahan di rantau in1. Misalnya, siapakah yang mula-mula menerokai bidang ini secara lebih serius dan mengembangkannya ke peringkat yang lebih baik dan tinggi, khususnya dapat menjana perekonomian negara selain maklumat yang lain. Apakah peranan yang dimainkan oleh pengkaji tempatan dalam bidang ini dan apakah pencapaian terkini tentangnya.

Prakata

1. Arkeologi Bawah Air dan Kelahiran Arkeologi Maritim
2. Sejarah Arkeologi Maritim di Asia Tenggara
3. Sejarah Arkeologi Maritim di Malaysia
4. Penemuan Terkini Arkeologi Bawah Air di Malaysia
5. Isu-isu dan Metodologi dalam Arkeologi Maritim
6. Sorotan Arkeologi Maritim

Bibliografi
Indeks

Weight0.371 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.