Idea Bangsa Idaman dan Sistem Pendidikan di Malaysia

ANUAR AHMAD ialah pensyarah kanan di Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2024)
viii + 182 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00

In stock

Idea Bangsa Idaman dan Sistem Pendidikan di Malaysia meneliti proses pembentukan idea bangsa idaman hasil daripada pelaksanaan sistem pendidikan vernakular di Malaysia, khususnya di sekolah aliran Melayu dan aliran pendidikan Cina. Walaupun pembangunan pendidikan negara semakin berkembang terutama selepas merdeka, para pengkaji dalam bidang sosiologi pendidikan di negara ini tertumpu menjalankan kajian yang lebih menjurus kepada meneliti hubungan pencapaian akademik pelajar antara etnik. Walaupun terdapat pengkaji yang telah meneliti fenomena aliran pendidikan vernakular dan impaknya kepada perkembangan sistem pendidikan, didapati kajian bagi memahami hubungan antara etnisiti dan sistem pendidikan sebagai satu usaha membina ‘field of study’ masih kurang dijalankan di negara ini. Penelitian hubungan antara bidang etnisiti dan kaitannya dengan sistem pendidikan kerap kali hanya digunakan sebagai satu ‘rujukan pengkategorian’ (categorical reference) berbanding dengan penggunaan etnisiti sebagai ‘alat analisis’ untuk mengkaji pengaruhnya dalam proses keputusan politik dan sosial. Justeru itu, adalah penting memahami impak etnisiti terhadap pendidikan dijalankan untuk memahami bagaimana proses keputusan dan polisi berkaitan pendidikan kebangsaan dilaksanakan.

Buku ini diharap akan menemukan fungsi etnisiti selaku realiti sosial terhadap sistem pendidikan vernakular sejak zaman kolonial; seterusnya memahamkan pembaca bagaimana etnik Melayu dan etnik bukan Melayu menyatakan kehendak pendidikan yang mengundang kepada kewujudan berbagai-bagai idea ‘bangsa idaman’ dalam keadaan ‘authority-defined’ dan ‘everyday-defined’; seterusnya menaksir kemunculan berbagai-bagai pendapat ‘bangsa idaman’ dalam kelompok etnik Melayu dan etnik Cina hasil pengalaman mereka di dalam sistem pendidikan vernakular. Sehubungan itu, buku ini akan menumpukan kepada tiga perkara utama. Pertama, meneliti fungsi etnisiti selaku realiti sosial dan pengaruhnya kepada penggubalan dasar pendidikan yang berkait rapat terhadap sistem pendidikan vernakular sejak zaman kolonial. Kedua, membahaskan kehendak-kehendak pendidikan etnik Melayu dan bukan Melayu yang mengundang kepada kewujudan berbagai-bagai idea ‘bangsa idaman’ dalam keadaan ‘authority defined’ dan ‘everyday defined’, dan ketiga, menjelaskan sejauh mana kesan kemunculan berbagai-bagai idea ‘bangsa idaman’ dalam kelompok etnik Melayu dan bukan Melayu terhadap pengekalan sistem pendidikan vernakular.

Prakata

1. Cetusan Pemikiran Pendidikan Bangsa
2. Latar Belakang Pembentukan Masyarakat Malaysia
3. Etnisiti, Identiti Etnik dan Masyarakat Plural di Malaysia
4. Kolonialisme, Etnisiti dan Sekolah Vernakular di Malaysia
5. Pembentukan Idea Bangsa Idaman Pendidikan Orang Melayu
6. Pembentukan Idea Bangsa Idaman dari Pendidikan Sekolah Cina
7. Kerencaman Aliran Pendidikan dan Pembentukan Idea Bangsa Idaman di Malaysia: Satu Analisis
8. Masa Depan Pendidikan Bangsa

Rujukan
Indeks

Weight0.285 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.