Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi

MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI adalah putera bongsu Munsyi Abdullah, tokoh persuratan Melayu.

Pengenalan dan anotasi oleh MOHD. FADZIL OTHMAN

DBP (Cetakan kedua, 2024)
lxxxv + 298 halaman termasuk Bibliografi

RM40.00

In stock

Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi mengandungi lima kisah pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi ke negeri Johor, Melaka, Selangor, Perak dan Pulau Pinang pada tahun 1871 dan 1872. Melalui tulisan yang memiliki historical sense ini, beliau telah memberikan satu perspektif yang lebih tepat mengenai masyarakat Melayu. Perkembangan sejarali itu dilihat daripada kaca mata tempatan. Buku ini memaparkan maklumat yang lebih jelas tentang bahasa, tulisan dan masyarakat Melayu di bahagian kedua abad ke-19. Selama ini orang sudah kenal Kisah Pelayaran Abdullah sebagai suatu sumber sejarah yang amat bernilai. Munsyi Abdullah pengarang buku itu dan juga pengarang Hikayat Abdullah—guru Bahasa Melayu kepada ramai penduduk Inggeris di Singapura pada pertengahan pertama abad kesembilan belas, termasuk Stamford Raffles—memang dianggap sebagai seorang sasterawan dan penulis sezaman yang tiada tolok bandingnya. Oleh sebab dia banyak menulis tentang masyarakat Melayu tradisional, maka buku-bukunya biasa digunakan sebagai sumber sejarah yang penting oleh ahli-ahli sejarah zaman sekarang, terutamanya bagi mereka yang ingin menulis tentang sistem dan nilai sosial peribumi. Disebabkan hal ini, Abdullah sentiasa dianggap sebagai seorang tokoh penulisan abad kesembilan belas. Dan ini tidak pernah dinafikan walaupun ada yang menimbulkan kontroversi. Segala hasil penulisan selepas Abdullah waktu ini terletak di bawah bayangannya.

Termasuklah juga penulisan anaknya, Muhammad Ibrahim Munsyi. Sehingga baru-baru ini tidak ramai yang mengetahui bahawa anak Abdullah, Ibrahim pernah juga meninggalkan sebuah kisah pelayaran yang sesungguhnya jauh lebih baik daripada Kisah Pelayaran Abdullah. Memang Ibrahim mencontohi bapanya, mengambil karya bapanya itu sebagai model, tetapi dari segi isinya jauh berbeza. Dalam Kisah Pelayaran Abdullah, dia hanya memberikan satu gambaran yang agak luas dan umum tentang masyarakat Melayu di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ulasan-ulasan yang diberinya juga kadangkala liar sedikit semata-mata berasaskan nilai-nilai yang asing pada masyarakat Melayu sehingga ada di kalangan penulis masa sekarang yang menganggap Abdullah sebagai hidup di dalam dunia Inggeris dan dengan itu menjadi boneka penjajah. Berlainan sekali Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi. Dalam tulisannya ini, Ibrahim memperlihatkan pegangan pada agama Islam yang teguh dan kesedaran kemelayuan yang jujur dan meyakinkan, terutama sekali kecintaannya terhadap keaslian serta ketulenan bangsa dan bahasa Melayu yang tidak boleh dikompromi. Di samping itu, Ibrahim juga memegang prinsip-prinsip penulisan yang tegas berunsur sejarah serta objektif dan memandang ke hadapan.

Prakata
Pengenalan

1. Halaman Tajuk dari Percetakan Asal
2. Pendahuluan dari Percetakan Asal
3. Kandungan dari Percetakan Asal
4. Teks Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi
5. Catatan Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi
6. Daftar Kata
7. Catatan Ringkas Mengenai Lampiran

Lampiran I-VII
Bibliografi

Weight0.432 kg
Dimensions21.6 × 14 × 1.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

,

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.