Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu

JELANI HARUN adalah pensyarah kesusasteraan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2003)
425 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM50.00

In stock

If you purchase this book you will earn 10 reward points!

Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu merupakan karya ulung yang membincangkan sastera adab ketatanegaraan secara tuntas yang meliputi aspek definisi, pensejarahan, falsafah, prinsip dan penerokaan karya dengan menghubungkaitkan dengan pemikiran adab ketatanegaraan kesultanan Melayu. Segala realiti tentang ketamadunan pemikiran adab ketatanegaraan kesultanan Melayu zaman silam yang menjadi lambang peradaban bangsa Melayu zaman berzaman diserlahkan dalam buku ini.

Sastera adab ketatanegaraan merupakan ciri penting dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh para sarjana. Ianya sebuah disiplin ilmu yang menampilkan peraturan tentang raja dan pelbagai nasihat tentang keadilan pemerintah dan kebijaksanaan pembesar negara. Sastera adab ketatanegaraan juga kaya dengan pelbagai maklumat tentang peranan dan kedudukan rakyat jelata dalam sesebuah negara dalam hal kepatuhan dan kesetiaan mereka terhadap raja dan negara.

Beberapa banyak karya telah dihasilkan oleh pengarang Melayu zaman silam seperti Bustan al-Salatin, Taj al- Salatin, Safinat al-Hukkam, Bayan al-Asma’, Kitab Adab Raja Raja, Kitab Nasihat Segala Raja, Thamarah al-Muhimmah dan Kitab Kumpulan Ringkas Berbetulan Lekas, memperlihatkan minat mereka terhadap persoalan adab ketatanegaraan dan mempertemukan suatu bentuk hubungan pemikiran dan keintelektualan kepengarangan Melayu dengan tradisi kepengarangan lain di dunia, khususnya yang berteraskan prinsip Islam.

Karya yang berasaskan genre “Mirrors for Rulers” dalam kesusasteraan Arab dan Parsi bukan sahaja menampilkan peraturan tentang raja tetapi juga diiringi dengan pelbagai nasihat tentang keadilan pemerintah dan kebijaksanaan pembesar negara. Di samping itu, karya adab ketatanegaraan juga kaya dengan pelbagai maklumat tentang peranan dan kedudukan rakyat jelata dalam sesebuah negara termasuk dalam hal kepatuhan dan kesetiaan mereka terhadap raja dan negara.

Penelitian menyeluruh tentang sastera ketatanegaraan Melayu meliputi aspek pensejarahan, falsafah, prinsip dan penerokaan karya menerusi buku Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu sangat penting dilakukan khusus dalam hubung kaitnya dengan pelbagai bentuk dokumen tentang pentadbiran kesultanan Melayu seperti karya historiografi, kanun undang-undang, adat istiadat raja dan surat-surat diraja.

Segala-galanya akan menyerlahkan realiti tenang ketamadunan pemikiran adab ketatanegaraan kesultanan alam Melayu zaman silam sebagai lambang peradaban bangsa Melayu keseluruhannya.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Senarai Fotograf
Senarai Peta
Epigraf
Prakata
Penghargaan
Singkatan

1. Pengenalan
2. Sastera Adab Ketatanegaraan
3. Usaha Terjemahan
4. Salinan dan Saduran
5. Karya Pengarang Melayu
6. Keadilan Raja
7. Kebijaksanaan Pembesar
8. Kepatuhan Rakyat
9. Bauran Ilmu dan Budaya
10. Sumber Tradisi Melayu
11. Nasihat dan Amalan
12. Kesimpulan

Lampiran 1
Lampiran 2
Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight 1 kg
Dimensions 16.0 × 3.2 × 23.7 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

  1. Kawah Buku (store manager)

    “Penyelidikan yang dilakukan oleh penulis cukup untas dan meyakinkan, berlandaskan senarai naskhah ketatanegaraan alam Melayu yang digunakan sebagai dasar perbincangan serta naskhah ketatanegaraan Islam dari Arab dan Parsi. Kesinambungan bab dari awal hingga akhir menyerlahkan ketelitian dan kematangan ilmiah penulis.”—Panel Hakim Hadiah Karya Ilmiah DBP 2001

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.