Bustan al-Salatin , , , ,

Oleh: Siti Hawa Haji Salleh

DBP (Edisi Kedua Cetakan Kedua 2010)
78 Muka Surat

RM15.00

Bustan al-Salatin telah dikarang pada tahun 1638 di Aceh oleh ulama terkenal, Syeikh Nuruddin al-Raniri. Dari beberapa segi buku ini dianggap sebagai sebuah buku ketatanegaraan. Walau bagaimanapun, dua bab tertentu di dalamnya telah membuat para sarjana menganggapnya juga sebagai sebuah karya historiografi. Dengan itu ia merupakan satukarya yang istimewa jika dibandingkan dengan karya-karya lain dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional.

Selain itu karya ini juga mempunyai nilai keagamaan yang tinggi serta pengajaran moral yang baik. Secara singkat ia merupakan sebuah karya yang menyatukan nilai-nilai ketatanegaran dalan Taj al-Salatin dengan nilai sejarah dalam Sejarah Melayu dan nilai keagamaan yang melebihi kedua-duanya.

Hooykaas (1977) menyatakan bahawa jika dibandingkan dengan Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang yang disebut sebagai Paduka Raja dalam Bustan al-Salatin itu, Bustan al-Salatin lebih bersifat pengetahuan, iaitu sama ada pengetahuan agama, sejarah atau nasihat.

Bustan al-Salatin adalah sebuah karya terpenting hasil tulisan Nuruddin al-Raniri. Memandangkan bahawa pengarangnya bukanlah seorang anak Melayu jati, kitab ini lebih bermakna kerana memperlihatkan kemampuan berbahasa yang dicapai pada abad ketujuh belas itu. Apatah lagi jika diteliti setiap isi yang dibentangkan dalam bab-bab kitab tersebut. Nuruddin telah membahagikan kitab ini kepada tujuh besar dan setiap bab dibahagikan pula kepada beberapa fasal yang berkaitan:

Bab I: Mengisahkan kejadian tujuh petala langit dan bumi, kejadian Nur Muhammad, malaikat, jin dan iblis. Bab ini terdiri sepuluh pasal.

Bab II: Menyatakan kisah nabi-nab daripada Nabi Adam ‘alaihissalam hinggalah kepada Nabi Muhammad SAW. Juga kisah tentang raja. raja Parsi, Byzantium, Mesir dan Arab. Terdiri daripada tiga belas fasal semuanya.

Bab III: Menyatakan segala raja yang adil dan wazir yang berakal. Bab ini terdiri daripada enam fasal.

Bab IV: Menyatakan segala raja yang bertapa dan wali-wali yang salihin. Bab ini terdiri daripada dua fasal.

Bab V: Mengisahkan segala raja yang zalim dan wazir yang aniaya. Bab ini terdiri daripada dua fasal.

Bab VI: Mengisahkan segala orang yang murah lagi mulia dan segala orang yang berani dan besar. Bab ini terdiri daripada dua fasal.

Bab VII: Mengemukakan berbagai-bagai hal dalam lima fasal termasuk tentang akal, ilmu dan firasat dan kifarah, ilmu tabib, segala sifat yang ada pada perempuan dan setengah daripada segala hikayat yang ajaib dan ghairah.

Jadi dalam jumlah empat puluh fasal semuanya Nuruddin telah meliputi pelbagai aspek: keagamaan, sejarah, moral, ketatanegaraan dan lain-lain lagi. Ini dengan sendirinya menjadikan Bustan al-Salatin karya yang terbesar yang pernah dihasilkan oleh pengarang yang menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu.

Weight 0.285 kg
Dimensions 14.1 × 1.2 × 22.3 cm
Format

Edition

ISBN

9789836228772

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bustan al-Salatin”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.