Melihat Tanah Air

IBRAHIM HAJI YAACOB (1911-1979) merupakan sosok pejuang kemerdekaan yang penting dalam sejarah kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Beliau meninggal dunia di Jakarta.

WACANA (Cetakan pertama beranotasi, 2024)
xii + 113 halaman termasuk Lampiran Gambar

RM35.00

In stock

ISBN: 9789671780336 Product ID: 42776 Subjects: , , Sub-subjects: , , ,

Melihat Tanah Air merupakan sebuah karya Ibrahim Haji Yaacob yang pernah menjadi buku ‘haram’ sejurus penerbitannya pada tahun 1941 kerana isi kandungannya yang mengkritik dasar penjajah Inggeris sewaktu mentadbir Tanah Melayu. Dasar penjajah yang telah meminggirkan orang Melayu dalam banyak aspek kehidupan khususnya dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan sehingga orang Melayu terhimpit dalam kemiskinan berbanding orang asing. Nama Ibrahim Haji Yaacob bukanlah nama yang asing di pentas sejarah tanah air khususnya apabila membicarakan tentang perjuangan membela nasib orang Melayu, penyatuan orang Melayu dan kemerdekaan di bawah seruan dan gagasan Melayu Raya sekitar tahun 1930-an. Pada tahun 1940, Ibrahim Haji Yaacob telah mengambil keputusan untuk mengembara dan menjelajah seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Antara tujuan dan matlamat misi penjelajahan in adalah untuk menyelidik hal ehwal dan nasib bangsa Melayu yang hidup dalam kemunduran dan ‘terdesak’—ungkapan yang beliau gunakan—dan menimba pengalaman dalam pergaulan dalam kalangan orang kebanyakan dan juga pembesar serta pemuka-pemuka masyarakat dalam setiap negeri yang beliau kunjungi.

Usaha gigih yang beliau lakukan ini, malah julung-julung kali dilakukan oleh anak watan Malaya—sebagaimana dakwaan beliau—sangat penting untuk beliau bekerja dan mengatur gerak kerja berkhidmat kepada bangsa dan tanah air apatah lagi beliau telah menyandang jawatan sebagai Presiden Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 di samping juga seorang wartawan akhbar. Hasil penjelajahan selama dua tahun, bermula tahun 1940-1941, beliau bukukan sebagai ‘mini memoir’ yang diberi nama “Melihat Tanah Air”. Beliau telah menyasarkan penjelajahan ‘berkeliling’ Semenanjung Tanah Melayu atas dua tujuan iaitu; menggerakkan kesedaran nusa bangsa Melayu agar bersatu dan membangunkan persatuan, dan menyelidiki hal ehwal kehidupan dan ekonomi orang Melayu yang terabai di bawah pemerintahan penjajah dan dalam waktu yang sama, hasil mahsul neger dinikmati oleh kaum pemodal dan bangsa asing. Berpandukan pengalaman inilah IBHY menggerakkan matlamat beliau berkhidmat kepada bangsa dan tanah airnya tercinta dalam wadah perjuangan KMM.

Melihat Tanah Air bukanlah satu-satunya tulisan Ibrahim Haji Yaacob kerana beliau turut aktif menulis rencana-rencana yang telah tersiar di akhbar-akhbar pada akhir 20-an dan awal 30-an, khususnya ketika beliau menjadi penuntut di MPSI dan penulis sambilan di akhbar Majlis. Buku ini pada awalnya terbit pada tahun 1941 dalam edisi Jawi dan telah diharamkan oleh pemerintah Inggeris ketika itu kerana tersisip di sana sini isi! kandungannya mengkritik penjajah Inggeris. Buku ini hampir langsung dilupakan sama sekali kerana telah hilang dari capaian pembaca sehinggalah ia ditemui semula pada tahun 1970. Setelah diberi nilai tambah dan diperbaiki isi kandungannya oleh Ibrahim Haji Yaacob pada tahun 1971 di Jakarta, di bawah penerbitan Percetakan Timur, Kuantan, Pahang dan atas daya usaha Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) yang juga rakan seperjuangan penulis, Melihat Tanah Air diterbitkan kembali pada tahun 1975.

Pengenalan
Kata Pendahuluan Pertama
Kata Pendahuluan Kedua
Kata Pengantar

1. “Orang-Orang Saya”: Bumiputera Semenanjung
2. Di Mana Orang-Orang Melayu?
3. Kerjasama Semua Bangsa
Tiada Pengelolaan?
Melayu Raya — Melayu Merdeka
4. Perasaan Kebangsaan Melayu
Melayu Malas?
5. Cara-Cara Pertadbiran Negeri-Negeri Melayu
6. Tinjauan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan
Mesyuarat Kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur
Mesyuarat Negeri Melayu Bersekutu
Perak
Selangor
Negeri Sembilan
Pahang
Mesyuarat Negeri Selat
Mesyuarat Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Johor
Kedah
Perlis
Kelantan
Terengganu
7. Bagaimana Negeri-Negeri Melayu Dibuka?
8. Akibat Membuka Negeri Melayu
9. Desakan Pemodal Luar
Orang Melayu Terdesak?
10. Kehidupan Umum Umat Melayu di Semenanjung
Negeri-Negeri di Barat Semenanjung (Negeri Sembilan, Selangor dan Perak)
Pelajaran
Persatuan
Negeri-Negeri di Utara Semenanjung (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis)
Pulau Pinang
Kedah
Perlis
Negeri-Negeri di Timur Semenanjung (Pahang, Kelantan dan Terengganu)
Kisah Perjalanan Saya di Timur Semenanjung
Masuk ke Negeri Pahang
Kehidupan Orang Melayu Pahang
Pelajaran

Lampiran Gambar

Weight0.212 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.