Arus Bawah: Kuasa Budaya dalam Pengalaman Malaysia

Disunting oleh RAMZE ENDUT

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2024)
xv + 234 halaman termasuk Indeks

RM60.00

In stock

ISBN: 9789674883225 Product ID: 42786 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Arus Bawah: Kuasa Budaya dalam Pengalaman Malaysia merupakan lontaran fikiran generasi baharu untuk menyelongkar persoalan zaman: Quo Vadis, Malaysia? Dalam lontaran kritis tersebut–sama ada secara keras, halus mahupun sindiran–mereka mengajukan reformasi struktur menerusi tema-tema seperti sejarah, ingatan, trauma, tradisi, identiti, demokrasi, ketakpatuhan warga dan ruang awam. Kesemua tema ini terangkum dalam wacana kebudayaan yang mempunyai kuasa yang tersendiri dalam mengubah trajektori masyarakat dan negara.

Budaya merupakan perbincangan yang rumit. Ini adalah kerana budaya sering dianggap sebagai suatu konsep yang longgar sehingga boleh mencetuskan kerencaman perspektif. Walau bagaimanapun, pandangan bahawa budaya adalah sebuah gerakan akar umbi masyarakat merupakan perspektif yang lebih mudah diterima berbanding dengan budaya sebagai projek dari atas—sama ada atas nama organisasi, institusi (termasuk negara), ideologi ataupun sistem. Dalam konteks arus bawah, budaya dianggap sebagai sebuah ruang yang boleh mengimbangi (ataupun mencabar) hegemoni struktur, terutamanya yang melibatkan pengaruh politik, ekonomi atau agama. Justeru, buku ini adalah manifestasi kepada perspektif yang dinyatakan ini.

Kata Pengantar

1. Kuasa Budaya dalam Pengalaman Malaysia
Ramze Endut

Sejarah, Ingatan dan Trauma

2. Melentur Masa, Membentuk Ruang: Naratif Politik Kebersamaan Melawan Naratif Kepemimpinan Ekonomi-Politik
Teo Lee Ken

2. Tash Aw dan Diaspora: Persoalan Ingatan, Identiti dan Kelas Sosial
Syahida Johan

3. Feminisme dan Nasionalisme: Emansipasi Wanita Melayu dalam Gerakan Kemerdekaan
Muhammad Rahimi Hasan

Tradisi dan Identiti

4. Transformasi Wa’adat: Tradisi Merentas Ruang dan Masa
Nabilah Bintul Huda Lutpi

5. Budaya Kepenyokongan Bola Sepak: Daripada Kelab Penyokong kepada Ultras
Helmy Muhammad

6. Swa-Penentuan Penan: Memapan Identiti Menerusi Peta Kelompok
Ramze Endut

Demokrasi, Ketakpatuhan Warga dan Ruang Awam

7. Satira Politik di Malaysia: Hambatan atau Sambutan
Aisyah Mohd Tajuddin

8. Membina Naratif Persefahaman: Filem dan Kebersamaan Rentas Etnik
Fatimah Tajuddin

9. Intervensi Budaya dalam Ruang Awam: Pengalaman Buku Jalanan
Zikri Rahman

10. Memeta Semula Ideologi: Kontroversi Black Lives Matter di Malaysia
Muhammad Febriansyah

Indeks

Weight0.379 kg
Dimensions22.5 × 15 × 1.5 cm
Author(s)

, , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.