Intelektual yang Membosankan

SYED AHMAD FATHI merupakan lulusan kejuruteraan dari Sankt-Peterburgskiy Gosudarstvennyy Morskoy Tekhnicheskiy Universitet, Russia. Kini sedang melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia.

Kenyalang Press (Cetakan pertama, 2024)
122 halaman termasuk Bibliografi

RM35.00

In stock

ISBN: 9789670040707 Product ID: 42922 Subject: Sub-subjects: , , ,

Intelektual yang Membosankan mencoretkan darihal kecintaan penulis pada ilmu dan keilmuan yang padanya, ilmu hendaklah difahami dalam rangka sumber yang luas; serta ia tidak hanya bersifat objektif, ia juga bersifat subjektif. Ilmu itu tidak hanya kering dengan fakta-fakta sahaja, ia juga boleh dilengkapkan dengan perasaan dan elemen kerohanian yang segar dan membahagiakan. Penulis merasakan ilmu itu dapat berkembang dengan proses kritikan, disebabkan itulah di dalam buku ini, beliau menukilkan beberapa kritikan terhadap idea-idea yang beliau rasakan bermasalah dan perlu diulang fikir. Kritikan penulis tidaklah bertujuan ingin merendahkan atau menyerang sesiapa, sekadar mahu memperlihatkan kontradiksi dan ironi dengan harapan ia boleh dinilai dan diperbaiki. Jika intelektual itu tidak boleh menerima kritikan, menurut penulis, dia tidak layak untuk menjadi intelektual. Proses kritik merupakan proses biasa di lapangan ilmu, ia melahirkan pemikiran baharu dan juga penilaian baharu. Jika sesuatu idea itu tidak boleh dikritik, maka ia bukanlah idea tetapi propaganda. Propaganda yang dipaksakan kepada kita. Harapan penulis, kritikannya terhadap naskhah-naskhah terpilih dalam buku ini dapat melahirkan intelektual yang lebih segar, yang berakar dalam masyarakat dan menyumbang kepada perubahan yang lebih baik.

Pendahuluan

ILMU & EPISTEMOLOGI
1. Renung: Metodologi Fikir dalam Pencarian Makna
2. Ilmu dari Perenungan: Kisah Hayy Ibnu Yaqzan
3. Dialog sebagai Metodologi Pengembangan Ilmu
4. Falsafah dan Metodologi Argumentasi Socrates
5. Sains sebagai Sumber Ilmu dalam Epistemologi

PENDIDIKAN
6. Mencerna Persoalan Pembelajaran dan Pendidikan

MAHASISWA & INTELEKTUAL
7. Mengkritik Idealisme Mahasiswa
8. Memasyarakatkan Mahasiswa
9. Mengkritik Intelektual Feminisme
10. Intelektual yang Membosankan

Penutup
Bibliografi

Weight0.14 kg
Dimensions20 × 13 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Homo Historikus: Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia

    Homo Historikus: Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia

    RM45.00