Suara: Nusa dalam Filem-filem Seniman Agung

RAIHANI MOHD SAAID merupakan graduan Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang Penulisan dan Universiti Malaya dalam bidang Seni Persembahan. Beliau mula serius menulis sejak tahun 1994 dalam genre puisi, cerpen, esei dan skrip.

Kenyalang (Cetakan pertama, 2022)
155 halaman termasuk Rujukan

RM28.00

In stock

ISBN: 9789670040226 Product ID: 42967 Subjects: , Sub-subjects: ,

Suara: Nusa dalam Filem-filem Seniman Agung mencerap pemikiran P. Ramlee menerusi beberapa buah filem arahannya yang menyerlahkan sisinya sebagai seorang pejuang rakyat dengan berteraskan suara nurani dan derita rakyat terbanyak. Melalui huraian dan tafsiran kritis berdasarkan beberapa filem P. Ramlee, penulis mengupas beberapa aspek cerita, subjek, naratif, watak dan perwatakan, dialog dan lakonan serta elemen-elemen dalam alam Melayu yang jarang diteroka atau diperkatakan sebelum ini oleh para pengkaji filem Melayu. Dengan mengambil contoh Sejarah Melayu, penulis turut memperlihatkan perhubungan P. Ramlee dengan sejarah, sastera dan tamadun Melayu, sekaligus ia menjadi satu rakaman tentang keperibadian orang-orang Melayu dari segi adat, adab, kelakuan, perasaan dan pegangan yang dipaparkan dalam filem.

Penulis memberikan pertentangan binari dari filem ke filem dan juga pada lain-lain tempat dalam sesebuah filem yang menampakkan kaedah visual rhythm yang menguatkan faktor kekenalan yang disebutkan itu. Misalnya dalam Do Re Mi (1966), dialog “Tak malu! Minta duit kat orang perempuan!” menjadi satu perbandingan dan persamaan dengan adegan Saloma memberikan duit dengan rela hati kepada Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok (1961). Ia menjadi satu penanda tentang perubahan zaman, tentang betapa bezanya nilai-nilai hari ini berbanding sifat progresif yang cuba diterapkan oleh P. Ramlee seawal tahun 1950-an.

Prakata – Hassan Abd. Muthalib
P. Ramlee dan Integrasinasional dalam Ah Fook – Zurinah Hassan

1. P. Ramlee: Manipulasi Sentimen dan Kekenalan
2. P. Ramlee, Sastera dan Asas 50
3. Labu Labi: Sebuah Satira Pascakolonial
4. Kemiskinan dan Pusaran Puaka
5. Ali Baba: Antara Parodi dan Meruntuhkan Patriarki
6. Firasat: Mimpi dan Lambang dalam Tiga Buah Filem Komedi
7. Merisik dan Meminang sebagai Titik Plot Baharu
8. Lelaki dan Sisi Komedi Gelap
9. Nujum Pak Belalang: Yang Jujur dan Yang Melanggar

Trivia
Rujukan

Weight0.164 kg
Dimensions20 × 13 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.