Maaf dari Sorga

FAISAL TEHRANI (b. 1974 – ) adalah seorang pengarang asal Malaysia. Faisal telah memenangi aneka anugerah sastera dan sering dianggap seorang yang kontroversi lantaran gemar bereksperimen, baik menerusi bentuk ataupun kerana mengetengahkan wacana alternatif dalam karya-karyanya.

Ameen Books (Cetakan pertama, 2009)
174 halaman

RM20.00

In stock

ISBN: 9789833991877 Product ID: 43003 Subject: Sub-subject:

Maaf dari Sorga merupakan sebuah novel genre seram dan misteri karya Faisal Tehrani berlatarkan sebuah rumah bernombor 33, yang menyimpan pelbagai misteri dan dianggap berhantu, serta penyewanya silih berganti dan kebanyakan mereka menemui kecelakaan. Penyewa terbaharu, Hakiki, seorang pegawai bank berfikiran liberal bersama isterinya yang mualaf, turut diganggu peristiwa aneh dan menakutkan. Rumah tangga yang aman mulai keruh dan si isteri kembali ke negara asal, kemudian terperangkap dalam taufan ganas yang mengancam jiwa dan kandungannya. Mungkinkah gangguan-gangguan itu disebabkan oleh dosa-dosa Hakiki yang disembunyikan sekian lama? Apakah ada kemaafan dari sorga buat mereka?

Weight0.167 kg
Dimensions18.5 × 11.4 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author