Fiqh al-TaꜤāyush dalam Masyarakat Madani

Penulisan bersama ABDUL MUHAIMIN MAHMOOD, MOHD IZHAR ARIFF MOHD KASHIM dan AHMAD MUNAWAR ISMAIL

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2024)
306 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM50.00

Fiqh al-TaꜤāyush dalam Masyarakat Madani memfokuskan perbincangan mengenai konsep umum sebuah negara majmuk yang bersifat Madani bersesuaian dengan situasi politik hari ini, serta konsep dan prinsip Fiqh al-TaꜤāyush dalam Islam yang telah diterapkan di Malaysia. Bagi menarik minat pembaca, buku ini telah menyajikan beberapa tajuk penting supaya ia mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Antara topik-topik penting tersebut ialah konsep negara Islam, konsep, perkembangan, kepentingan dan parameter Fiqh al-TaꜤāyush yang berasaskan al-Quran serta Sunnah Nabi SAW. Kemuncak kepada perbincangan ini ialah polemik al-TaꜤāyush dan pandangan hukum terhadapnya serta aplikasi konsep al-TaꜤāyush di Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara Islam majmuk yang unik hingga ja sangat dihormati oleh negara Islam lain. Ini adalah berpunca daripada perpaduan yang tersemat dalam jiwa semua rakyat Malaysia yang pastinya berbilang kaum, agama, etnik dan fahaman politik. Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia juga adalah berbeza dengan situasi yang terdapat dalam negara-negara Islam lain khususnya negara-negara Timur Tengah. Keunikan itu terserlah apabila terbukti pentadbiran di Malaysia berjaya melibatkan rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama semenjak merdeka lagi.

Interaksi antara kaum dan agama pasti tidak dapat dielakkan dalam sebuah negara majmuk. Ia telah menjadi satu fenomena yang sama sekali tidak akan dapat dihapuskan dan dinafikan lagi oleh mana-mana pihak di negara ini. Perpaduan antara warganegara telah menjadi agenda penting yang telah diberikan perhatian oleh kerajaan kerana kepelbagaian latar belakang masyarakat sentiasa terdedah kepada terjadinya perbalahan, pertelingkahan dan konflik melibatkan kaum dan agama. Semua golongan yang wujud pasti akan berusaha untuk mendapatkan hak berdasarkan kepentingan masing-masing. Sekiranya kerukunan hidup melibatkan masyarakat majmuk gagal diwujudkan secara bijaksana, konflik yang dapat menggugat keharmonian negara boleh terjadi pada bila-bila masa. Peristiwa 13 Mei 1869 merupakan kemuncak kepada konflik melibatkan kaum di Malaysia yang telah meragut keharmonian dan telah menjadi titik hitam dalam sejarah negara. Rentetan peristiwa tersebut, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar, pendekatan dan program baharu bagi memupuk perpaduan antara kau yang berlainan budaya dan kepercayaan agama. Memupuk perpaduan dan membentuk kerukunan hidup secara aman dan damai bukanlah suatu perkara yang mudah dan ia merupakan antara topik yang memerlukan kepada perincian.

Prakata

1. Negara dari Perspektif al-Siyāsah al-SharꜤiyyah
2. Konsep Fiqh al-TaꜤāyush
3. Fiqh al-TaꜤāyush: Perkembangan, Kepentingan dan Parameter
4. Fiqh al-TaꜤāyush Berdasarkan al-Quran dan Sunnah
5. Aplikasi Fiqh al-TaꜤāyush pada Zaman Rasulullah SAW
6. Hubungan Fiqh al-TaꜤāyush dengan Maqāṣid Syariah dan Fiqh al-Muwāṭanah
7. Polemik al-TaꜤāyush dan Pandangan Hukum
8. Fiqh al-TaꜤāyush dalam Konteks Malaysia
9. Pelantikan Bukan Muslim dalam Kepimpinan Negara Malaysia yang Berbilang Kaum dan Agama
10. Kerjasama Politik dengan Bukan Islam dalam Islam

Rujukan
Indeks

Weight0.452 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 1.5 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.