Pena dan Pedang: Wawancara bersama Edward Said

Wawancara DAVID BARSAMIAN dan EDWARD SAID

ITBM (Cetakan pertama, 2016)
viii + 154 halaman termasuk Indeks

RM30.00

In stock

Pena dan Pedang menampilkan lima wawancara David Barsamian bersama cendekiawan dan pengkritik ternama Palestin, Edward Said, meliputi berbagai-bagai topik daripada karya legenda beliau, Orientalism hinggalah kepada bidang muzik dan budaya popular. Perbualan kedua-dua tokoh ini dilakukan antara tahun 1987 hingga 1994. Tempoh tersebut merupakan era yang sangat penting dalam pergerakan pembebasan Palestin. Dengan penuh kearifan dan kepetahan, Edward melontarkan penjelasan beliau mengenai jenayah pendudukan Israel dan pengkhianatan kepimpinan PLO terhadap umat Palestin. Ekoran Perjanjian Oslo pada tahun 1993, Edward memberitahu Barsamian,“Gagasan tentang memori kolektif kini dengan pantas ditolak meskipun oleh orang Palestin sendiri, Hal itu sesuatu yang tidak dapat saya terima.” Daripada himpunan wawancara ini, menjelmalah sebuah sejarah yang menghantui jiwa, sarat dengan pengetahuan tentang kehilangan dan keinginan untuk melihat keadilan untuk rakyat Palestin, dan betapa kita perlu segera memahami konflik yang berlaku pada hari ini.

Edward W. Said berkhidmat sebagai Profesor Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Bandingan di Columbia University sebelum menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2003. Antara karya beliau yang terkenal termasuklah Orientalism, The Question of Palestine, Covering Islam, After the Last Sky, dan Humanism and Democratic Criticism. Pada mualanya, orang mungkin bertanya: “Apa perlunya siri wawancara ini dengan seorang penulis yang prolifik lagi dikenali ramai seperti Edward Said?” Satu daripada jawapannya ialah buku ini mengatasi buku-buku yang pernah diterbitkan sebelum ini dari segi menyingkap diri lelaki yang berada di sebalik nama Edward Said. Sebahagian besar karya Edward Said bersifat ilmiah dan analitis, tetapi hampir-hampir tidak memperlihatkan keterkaitan antara penulis dengan kehidupannya. Soalan-soalan simpati David Barsamian membantu menghubungkan keterpisahan ini. Wawancara dalam buku ini unik kerana perkaitan yang disingkapnya antara empunya diri dengan gagasannya.

Pengenalan – Eqbal Ahmad
Pengenalan – Nubar Hovsepian

1. Politik dan Budaya Orang Buangan Palestin
2. Meninjau Kembali Orientalisme
3. Budaya dan Imperialisme
4. Perjanjian Israel-PLO: Suatu Penilaian Kritis
5. Palestin: Pengkhianatan terhadap Sejarah

Indeks

Weight0.254 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.