Mata-mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945-60 meneroka sebuah dunia gelap yang dipenuhi ranjau muslihat dan operasi mendebarkan, kisah di sebalik tabir perjuangan rahsia yang mencipta kemakmuran dan keamanan negara Malaysia. Pada tahun 1948, perisikan pascaperang, iaitu Perkhidmatan Keselamatan Malaya telah tersalah percaturan dan gagal menduga pemberontakan orang Cina-Malaya yang akan tercetus pada tahun yang sama. Menurut Comber, kegagalan tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan agensi perisikan tersebut hanya beroperasi dengan separuh kekuatan, di samping cuma mempunyai sedozen lebih pegawai polis British yang mampu bertutur secara ringkas dalam bahasa Cina. Tahun berikutnya polis dan tentera masih lagi bergelut untuk menentukan siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab menggerakkan operasi pembanterasan pemberontakan. Dalam pada itu, perkongsian maklumat perisikan antara organisasi jarang sekali berlaku, malah maklumat yang diperoleh sering hilang serta tidak begitu bermanfaat untuk digunakan dalam perancangan operasi. Keadaan ini berubah pada tahun 1950 apabila Jeneral Briggs melaksanakan pelan induk yang mengintegrasikan angkatan tentera, polis dan hal ehwal awam. Pelan tersebut juga telah mengiktiraf perisikan sebagai aspek terpenting dalam pembanterasan pemberontakan.
Mata-mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945-60
LEON COMBER merupakan seorang pakar kajian Asia Tenggara, terutamanya dalam bidang sejarah dan perisikan.
Terjemahan daripada judul asal Malaya’s Secret Police, 1945-60 oleh RAZAN ROSE’ dan SYED OMAR HUSAIN
IBDE (Cetakan pertama, 2024)
xviii + 436 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks
RM80.00
Out of stock
Pengantar
Prolog — Darurat Malaya: Perang 12 Tahun
1. Keadaan Darurat di Malaya
2. Perkhidmatan Keselamatan Malaya dan Evolusi Cawangan Khas
3. Peralihan kepada Cawangan Khas (1948-49)
4. Prinsip-prinsip Pengumpulan Risikan
5. Agen Perubahan (1949-52)
6. Kebangkitan Cawangan Khas (1950-52): Sir William Jenkin
7. Cawangan Khas dan Rancangan Briggs
8. Jeneral Templer, Kolonel Young dan Cawangan Khas: Pelaksanaan Rancangan Briggs
9. Pematangan Cawangan Khas (1952-56)
10. “Cuaca Buruk”—Komunikasi Cawangan Khas dengan Komunis: Satu Kajian Kes
11. Cawangan Khas di Sempadan Malaya-Thailand (1948-60): Satu Kajian Kes
12. Kesimpulan: Penghujung Darurat (1957-60)
Bibliografi
Indeks
Weight | 0.792 kg |
---|---|
Dimensions | 23.5 × 15.5 × 4.1 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
More from this Author
- Out of stock
Reviews
There are no reviews yet