Suara Minangkabau: Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah di Sumatera Barat 1900-1941

AHMAT ADAM adalah Profesor Emeritus dalam bidang Sejarah. Merupakan mantan Profesor Sejarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2012)
269 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM48.00

In stock

Suara Minangkabau: Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah di Sumatera Barat 1900-1941 sebenarnya adalah lanjutan daripada kajian awal yang merupakan sebahagian daripada telaah berkaitan persuratkhabaran peribumi di Indonesia yang telah pun diterbitkan dengan judul The Vernacular Press and the Emergence of Modern Indonesian Consciousness. Kajian mengenai persuratkhabaran di Sumatera Barat secara khusus sengaja dilakukan justeru kerana sejarah persuratkhabaran Melayu di Wilayah ini masih terlalu kurang diberikan perhatian. Setahu penulis, sehingga kini, tidak banyak yang dihasilkan mengenai sejarah pers di ranah Minangkabau, lebih-lebih lagi yang menyentuh jangka masa sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Percubaan awal yang pernah penulis lakukan pun hanya terbatas pada periode abad ke-19 dan sampai tahun 1913 iaitu sesuai dengan tema yang penulis pilih untuk kajian sejarah pers bagi seluruh Hindia Timur Belanda.

Setelah 16 tahun buku tersebut terbit, penulis berasakan bahawa sejarah persuratkhabaran Melayu di wilayah yang dinamakan Sumatra’s Westkust pada zaman penjajahan Belanda perlu diungkapkan lagi. Oleh hal yang demikian Suara Minangkabau: Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah di Sumatera Barat 1900-1941 memberikan perhatian khusus kepada babak perkembangan pers di Minangkabau sehingga 1941 iaitu tahun terakhir munculnya surat khabar atau surat berkala di Sumatera Barat sebelum pemerintahan Belanda ditamatkan oleh Jepun.

Beberapa kajian mengenai Sumatera Barat sebelum ini ada menyinggung nama-nama akhbar dan majalah yang terbit pada periode tersebut, lantaran para penelaahnya menggunakan bahan-bahan daripada surat khabar atau majalah kontemporari yang masih tersimpan di beberapa perpustakaan. Namun begitu, tidak semua maklumat yang diberikan mengenai judul akhbar atau majalah dan masa terbitnya betul. Ada kalanya maklumat mengenai nama penerbitan, tempat terbit dan orang yang terlibat dalam pengendalian surat khabar dan majalah itu juga tidak tepat; malah sering pula mengelirukan. Penulisan sejarah dan penyusunan sebuah senarai satuan (union list) akhbar dan majalah di Minangkabau ini, lebih merupakan percubaan untuk memberikan suatu survey dan seterusnya menghasilkan sebuah inventori yang berupa bibliografi yang beranotasi mengenai surat khabar dan surat berkala yang telah diterbitkan di wilayah Sumatera Barat antara tahun 1900 dan 1941.

Periode empat dasawarsa pertama abad kedua puluh dipilih semata mata kerana pada jangka masa ini—yang merupakan zaman penghujung era kolonialisme Belanda di Indonesia—baru orang Minangkabau dan bangsa bumiputera di tempat lain di kepulauan Indonesia menjadi bertambah sedar terhadap perlunya perubahan, baik dari segi politik, sosial, mahupun ekonominya. Kepada orang Minangkabau dewasa itu perubahan bererti berusaha mengejar ‘kemajuan’. Ia menjadi tema pokok bagi kaum cendekiawan dan elit politik bangsa itu. Justeru kemajuan pun dilihat sebagai tema yang sentral dalam perbahasan dan polemik kaum intelektual Minangkabau pada zaman dasawarsa awal paruh pertama abad ke-20. Tetapi kemajuan yang dipacu itu pun sebenarnya berupa reaksi masyarakat Minangkabau terhadap tindakan keras Belanda sejak suku pertama abad ke-19 hingga ke dasawarsa pertama abad ke-20 untuk ‘menjinakkan’ orang Melayu Sumatera Barat agar menerima kehadiran penjajahan Belanda sebagai upaya menegakkan Pax Neerlandica di kepulauan Melayu.

Konflik agama dalam masyarakat Minangkabau yang berputik pada penghujung abad ke-18 dan membuahkan perang saudara antara 1821 dan 1837 apabila Belanda turut melibatkan diri demi upaya menjinakkan ‘kedegilan’ Islam terhadapnya. Ini telah menjadi latar belakang pada gagasan mengejar kemajuan yang diuar-uarkan pada dasawarsa awal abad yang lalu. Justeru kemajuan yang dilaung-laungkan pada awal abad yang lalu itu tidaklah terlepas daripada penampilan pertentangan bersifat keagamaan yang berlaku dalam masyarakat Minangkabau khususnya antara kaum reformis yang didakwa sebagai pembawa ajaran Wahabi dengan masyarakat Islam Minangkabau yang mahu mengekalkan tradisi, baik dari segi adatnya mahupun pegangan keislamannya. Dalam konteks konflik sosioagama inilah tumbuh dan berkembangnya persuratkhabaran Melayu di Minangkabau.

Suara Minangkabau: Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah di Sumatera Barat 1900-1941 cuba melihat sejarah pertumbuhan dan perkembangax1 akhbar dan majalah atau surat berkala (istilah yang dipakai pada dasawarsa pertama abad yang lalu) di Sumatera Barat berlatarkan keadaan masyarakat Minangkabau pada periode paruh kedua abad ke-19 sampai pecahnya Perang Dunia Kedua. Kajian ini cuba membuktikan bahawa di Minangkabau setiap pengarang, penolong pengarang, pemberita atau koresponden mahupun penerbit akhbar dari majalah yang diterbitkan, telah terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam pertubuhan yang membawakan ideologi yang dipengaruhi oleh agama atau adat mengikut apa yang difahaminya mengenai konsep kemajuan itu.

Ortografi dan Istilah
Penghargaan
Senarai Singkatan dan Simbol

Bahagian Pertama
Pengenalan

1. Sumatera Barat dan Masyarakat Minangkabau
Belanda Menjajah Minangkabau
Masyarakat Sumatera Barat dan Belanda
Kesimpulan

2. Perkembangan Surat Khabar di Sumatera Barat
Periode 1900-1910
Persaingan dan Cabaran Pers Bumiputera
Pers sebagai Agen Perubahan
Pertubuhan-pertubuhan Awal di Minangkabau
Masyarakat Minangkabau dan Kesedaran Pendidikan
Pertumbuhan Sekolah dan Kweekschool
Kesimpulan

3. Pers dan Pembaharuan
Kaum Muda memburu “Kemajuan”
Oetoesan Melajoe dan Datoek Soetan Maharadja
Orang Cina Peranakan dan Perusahaan Surat Khabar Bahasa Melayu
Firma Percetakan dan Pers
Lahirnya Kesedaran Politik
Pers Minangkabau selepas 1927
Kesimpulan

4. Undang-undang Cetak dan Persuratkhabaran di Minangkabau
Undang-undang Pers
Menyebar Kebencian, Menghina dan Ranjau Pers
Wartawan diancam Persdelict dan Spreekdelict
Persatuan Wartawan Peribumi
Pers Minangkabau pada Tahun-tahun Terakhir Sebelum Perang
Penutup

Bahagian Kedua
Senarai Satuan Antarabangsa Akhbar dan Majalah Melayu di Sumatera Barat (1900-1942)

Lampiran
Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.430 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.