Pendemokrasian AK Parti di Turki

Penulisan bersama NURHIDAYU ROSLI dan KAMARUZAMAN YUSOFF

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2024)
128 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

In stock

ISBN: 9786294861466 Product ID: 43697 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Pendemokrasian AK Parti di Turki menghuraikan latar belakang gerakan politik Islam di Turki sehingga kemunculan AK Parti, serta menganalisis pendekatan Islamisasi AK Parti sepanjang fasa pemerintahan di Turki. Selepas Perang Dunia Pertama, kerajaan monarki Turki Uthmaniyah telah digantikan dengan Republik Turki. Di bawah pemerintahan Atatürk, Turki mengguna pakai sistem demokrasi sekular berasaskan prinsip sekularisme melalui bidang perundangan, pendidikan, dan perlembagaan. Kesannya, apabila sistem multiparti dan pilihan raya diperkenalkan pada 1946, gerakan politik Islam khususnya berusaha melaksanakan Islamisasi dalam lanskap politik Turki. Walau bagaimanapun, cubaan Islamisasi di Turki melalui struktur politik sentiasa menerima halangan daripada pihak establishment iaitu elit tentera dan pro-sekular melalui siri kudeta, penutupan parti dan penangkapan aktivis politik. Oleh itu, gerakan politik Islam berusaha mencari pendekatan politik yang mampu memecahkan kebuntuan konflik: (i) hubungan masyarakat sivil dengan elit tentera; dan (ii) Islamisasi melalui perundangan, pendidikan dan perlembagaan yang berasaskan prinsip sekularisme.

Dalam kes ini, keberjayaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Parti) semasa pilihan raya umum 2002, telah menimbulkan fenomena baharu dalam lanskap politik Turki. Latar belakang parti yang berimej konservatif-demokrat telah menggunakan pendekatan pendemokrasian sebagai pendekatan politik yang mampu memecahkan kebuntuan konflik antara pihak Islamis dengan pihak yang mempertahankan status quo di Turki. Terdapat dua tahap pendemokrasian yang dibawakan oleh AK Parti iaitu: (i) Europeanisasi-pendemokrasian; dan (ii) Islamisasi-pendemokrasian di mana AK Parti berusaha meliberalisasikan masyarakat Turki daripada fahaman sempit mengenai demokrasi dan sekular. Secara tidak langsung, AK Parti berjaya mempertahankan legitimasi selama tiga penggal berturut-turut walaupun terpaksa berhadapan dengan isu kebebasan agama dan cabaran cenderung menjadi autoritarian untuk melaksanakan Islamisasi di Turki.

Prakata

1. Tertubuhnya Kerajaan Republik Sekular Turki atas Runtuhan Sebuah Empayar Islam Uthmaniyah
2. Seputar Teori Politik Islam
3. Menelusuri Sejarah Gerakan Politik Islam di Turki
4. Kemunculan Parti Islam Pertama dalam Landskap Politik Turki
5. Parti Kebajikan (Refah Partisi-RP) (1983-1998)
6. Kemunculan AK Parti Mewarnai Landskap Politik Turki
7. Strategi Kempen AK Parti
8. Pembentukan Kerajaan dan Polisi di Bawah Kerajaan AK Parti
9. Tahap Islamisasi-Pendemokrasian
10. Isu dan Cabaran Pendemokrasian di Turki

Rujukan
Indeks

Weight0.206 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.