Sejarah Negeri Pahang Hingga 1945

ABU TALIB AHMAD ialah Profesor Madya di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan pertama, 2024)
xxvii + 558 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM115.00

In stock

ISBN: 9789834945688 Product ID: 43890 Subject: Sub-subjects: , ,

Sejarah Negeri Pahang Hingga 1945 merupakan satu usaha untuk menambah baik pendekatan Buyong berhubung dengan sejarah negeri, selain mengisi kekosongan sejarah jenis ini dengan memberikan tumpuan kepada negeri Pahang sebelum ditakluki Melaka pada kurun ke-15 hingga tahun 1945, apabila tamatnya pendudukan Jepun. Berbanding dengan Haji Buyong Adil, tumpuan diberikan pada aspek sosioekonomi dan kemunduran orang Pahang pada zaman kolonial, sementara untuk zaman pendudukan Jepun perhatian ditumpukan pada keadaan sosioekonomi, kependudukan, pembelajaran bahasa Jepun, perayaan Jepun dan kutipan zakat. Kajian bermula sebelum negeri ini ditakluki Melaka dan tamat pada tahun 1945 apabila Jepun menyerah kalah pada September tahun ini dengan perhatian kepada sejarah sosioekonomi dan juga politik.

Perbincangan dimulakan dengan beberapa isu dalam pensejarahan negeri diikuti dengan sejarah Pahang sebelum pertengahan kurun ke-19, kedatangan Islam, masyarakat Pahang pada kurun ke-19, Pahang menjadi sebahagian daripada Kesultanan Johor dan Johor-Riau, perang saudara, kebangkitan antipenjajah, pentadbiran kolonial dan perubahan, pembangunan ekonomi kolonial dan zaman pendudukan Jepun. Banyak tumpuan diberikan pada zaman Jepun yang memberikan kesan penting kepada Pahang seperti juga negeri-negeri lain di Tanah Melayu dengan perbincangan meliputi antaranya kekalahan tentera British pada 15 Februari 1942 dan kesannya kepada pentadbir Melayu, kehidupan sosial zaman Jepun, keadaan kakitangan Pejabat Daerah Temerloh dan Pejabat TBP serta mereka yang di bawah pemantauan pejabat ini, pembelajaran bahasa Jepun, perayaan Jepun dan penduduk Pahang, persidangan agama Islam seTanah Melayu dan elit agama dari Pahang, kutipan zakat pada zaman Jepun dan buruh kereta api maut dari negeri Pahang.

Prakata
Pengenalan

1. Isu dalam Pensejarahan Negeri Pahang
2. Sejarah Pahang, sehingga Pertengahan Kurun ke-19, Kedatangan Islam dan Masyarakat
3. Masyarakat Pahang pada Kurun ke-19, Perang Saudara, Campur Tangan British dan Kebangkitan Pahang
4. Pentadbiran Kolonial dan Perubahan Sosial, 1888-1941
5. Pembangunan Ekonomi Zaman Kolonial, 1888-1941
6. Zaman Jepun, Februari 1942 – Ogos 1945
7. Sejarah Negeri Pahang sebelum Tahun 1945 dan Selepasnya

Bibliografi
Indeks

Weight0.756 kg
Dimensions23 × 15.2 × 2.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.