Kedah Tua: Sejarah, Arkeologi dan Naratif Baharu memaparkan tiga aspek utama naratif baharu pensejarahan Kedah Tua yang berfungsi sebagai penilaian semula kepada sudut pandang Eropah dalam pendekatan historiografi zaman prasejarah. Pertama, sistem politik dan penempatan Kedah Tua tidak hanya berfungsi sebagai sebuah pusat pentadbiran dan kerajaan tetapi juga meliputi struktur politik, pusat ekonomi, populasi dan kompleks pentadbiran. Kedua, ekonomi Lembah Bujang tidak hanya berfokus kepada aktiviti perdagangan antarabangsa tetapi juga memiliki kepelbagaian aktiviti ekonomi termasuk industri serta pengumpulan sumber hutan dan maritim. Ketiga, kebudayaan dan demografi, berkaitan cara hidup yang terbahagi kepada tiga segmen, iaitu pedagang asing yang mengamalkan agama Hindu-Buddha dan kepercayaan masing- masing, golongan pemerintah dan bangsawan yang kehidupannya sedikit dipengaruhi amalan Hindu-Buddha dan terakhir, masyarakat tempatan yang mengamalkan cara hidup asal.
Kedah Tua: Sejarah, Arkeologi dan Naratif Baharu
Penulisan bersama NASHA RODZIADI KHAW, NAZARUDIN ZAINUN dan SURESH NARAYANEN
USM Popular (Cetakan pertama, 2024)
xxiii + 252 halaman termasuk Rujukan
RM88.00
In stock
Prakata
1. Pengenalan
2. Naratif Terbaru Kedah Tua
3. Sumber Bertulis Kedah Tua
4. Kajian Terdahulu
5. Tinggalan Kebudayaan Kedah Tua
6. Kompleks Arkeologi Sungai Batu
7. Kesimpulan
Rujukan
Weight | 0.252 kg |
---|---|
Dimensions | 20 × 15 × 1.5 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet