Politik Wanita Melayu: Emansipasi dan Kemerdekaan

MUHAMMAD RAHIMI HASAN ialah pensyarah kanan Program Sains Politik, Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2024)
140 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00

In stock

ISBN: 9786294862425 Product ID: 47179 Subjects: , , Sub-subjects: , , ,

Politik Wanita Melayu: Emansipasi dan Kemerdekaan memaparkan politik wanita Melayu sebagai kesinambungan perjuangan emansipasi wanita Melayu pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an menerusi agenda pendidikan anak-anak perempuan Melayu. Politik wanita Melayu era pramerdeka ditafsir dan dikenang sebagai perjuangan politik kebangsaan. la berpunca daripada cetusan dan perkembangan pesatnya sekitar tahun 1945 hingga 1957 iaitu kemuncak kebangkitan semangat kebangsaan orang Melayu bersama etnik Cina dan India menuntut kemerdekaan tanah air. Sayap wanita parti politik Melayu iaitu Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Kaum Ibu UMNO memperkukuh lagi lensa pemahaman politik wanita Melayu berdasarkan nasionalisme. Namun, realiti masyarakat era pramerdeka yang konservatif mengekang penglibatan golongan wanita dalam politik. Apatah lagi, gerakan nasionalisme didominasi lelaki. Tidakkah wanita Melayu melakukan penentangan terhadap diskriminasi gender yang berlaku ke atas mereka? Adakah politik wanita hanya sekadar ikut-ikutan? Penerokaan pengalaman peribadi tokoh wanita Melayu memperlihatkan politik gender di Tanah Melayu bukan sahaja berlaku di ruang awam, malah bermula dalam kehidupan wanita dalam keluarga dan komuniti. Ia membentuk sikap, pemikiran dan tindakan yang diterjemahkan melalui kegiatan politik peringkat nasional yang menunjukkan politik wanita Melayu sebagai gabungan agenda emansipasi dan kemerdekaan.

Prakata

1. Politik Wanita Melayu
2. Feminisme dan Nasionalisme
3. Hubungan Gender Masyarakat Melayu
4. Wanita Melayu dalam Gerakan Nasionalisme
5. Emansipasi Wanita Melayu
6. Emansipasi dan Kemerdekaan: ‘Seiring, Sejalan’

Rujukan
Indeks

Weight0.174 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.