Raja Kulat dan Cerita-cerita Lain

Disunting dan diperkenalkan oleh FAEZAH MUHAYAT

DBP (Cetakan pertama, 2024)
lxix + 160 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM28.00

In stock

ISBN: 9789834945978 Product ID: 47199 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Raja Kulat dan Cerita-cerita Lain menghimpunkan lima buah transkripsi cerita rakyat yang jarang-jarang diketahui oleh khalayak pembaca masa kini iaitu ‘Raja Kulat’, ‘Dayang Dang Jenah’, ‘Raja Sakti’, ‘Seladang Cantik’ dan ‘Tuan Kecik Dewa Sakti’; berserta analisisnya. Penelitian dan analisis cerita-cerita lisan yang terkandung dalam buku ini akan memberikan tumpuan terhadap tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan nilai budaya yang terdapat dalam cerita-cerita ini. Selanjutnya, nilai budaya turut diteliti dalam kajian ini untuk melihat aspek kebudayaan masyarakat yang melatari cerita. Nilai budaya ialah nilai yang mewakili sekumpulan kepercayaan, bahasa, adat istiadat, tradisi dan hubungan yang mengenal pasti masyarakat atau sekumpulan orang. Warisan budaya masyarakat, komuniti atau kumpulan etnik ini disusun dalam nilai budaya dan keadaan ini yang membezakannya dengan kumpulan sosial yang lain. Melalui penelitian ini, pengetahuan tradisi yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat pendukungnya dapat dipelajari dan identiti budaya sesebuah kelompok sosial dapat dikenali.

Prakata
Pendahuluan

1. Raja Kulat
Mohd. Hanafi Ibrahim (Pentranskripsi)

2. Dayang Dang Jenah
Mohd. Hanafi Ibrahim (Pentranskripsi)

3. Raja Sakti
Abdul Hadi Yusoff (Pentranskripsi)

4. Seladang Cantik
Mustafa Jusoh (Pentranskripsi)

5. Tuan Kecik Dewa Sakti
Mohd. Jusoh Majid (Pentranskripsi)

Bibliografi
Indeks

Weight0.217 kg
Dimensions21 × 14 × 1.2 cm
Author(s)

, , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.