Pantang Larang Kematian dalam Masyarakat Tamil

SURESH KUMAR N. VELLYMALAY merupakan seorang penulis kelahiran Perak yang prolifik.

DBP (Cetakan pertama, 2025)
xix + 134 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM26.00

In stock

ISBN: 9789834948252 Product ID: 47212 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Pantang Larang Kematian dalam Masyarakat Tamil memberikan gambaran yang kukuh tentang praktis pantang larang kematian dalam masyarakat Tamil, himpunan makna tersirat di sebalik pantang larang yang dipraktikkan selain etiket menghadiri upacara kematian melibatkan masyarakat Tamil. Kematian merupakan pengakhiran kepada kehidupan seseorang manusia yang ditentukan oleh kuasa tuhan. Bagi masyarakat Tamil, pengurusan kematian memberikan penekanan yang tinggi terhadap penghormatan terakhir mengikut adat dan tradisi etnik. Dalam konteks ini, pantang larang merupakan elemen yang tidak dapat dielakkan amalannya. Pelbagai pantang larang mengisi persekitaran kematian, malah bertindak sebagai landasan etika dan moral serta mendasari kepatuhan anggota masyarakat secara turun-temurun.

Amalan setiap pantang larang dalam menempuh situasi kematian mempunyai tujuan dan makna tertentu yang tinggi nilainya. Pantang larang bertindak mengukuhkan disiplin dan tatatertib dalam mengurus kematian selaras tuntutan agama dan tradisi masyarakat. Pantang larang juga mendasari adab dalam memastikan bentuk tingkah laku yang sesuai dengan situasi kematian, tidak kira dalam proses mengurus kematian mahupun bagi orang yang menghadiri kematian. Walaupun tidak dinafikan terdapat sedikit sebanyak pantang larang mengalami kecairan akibat faktor modenisasi, perubahan gaya hidup selain perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, namun rata-rata boleh dikatakan pantang larang ini masih berdiri kukuh dari segi amalannya hingga kini.

Prakata
Pengenalan

1. Konsep Kematian dan Pengurusan Upacara Kematian
2. Pantang Larang Semasa Pengurusan Mayat di Rumah
3. Pantang Larang Semasa Pengurusan Mayat di Kubur
4. Pantang Larang Sekembali dari Kubur
5. Pantang Larang dalam Tempoh Berkabung
6. Pantang Larang bagi Orang yang Menziarahi Rumah Si Mati
7. Pantang Larang Umum
8. Kepentingan Pantang Larang dalam Konteks Kematian
9. Kecairan Pantang Larang Kematian pada Masa Kini
10. Etiket Menghadiri Upacara Kematian

Bibliografi
Indeks

Weight0.156 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.