Periklis: Athens dan Kelahiran Demokrasi merupakan terjemahan daripada Pericles of Athens and the Birth of Democracy tulisan Donald Kagan yang diterbitkan pada tahun 1991. Periklis: Athens dan Kelahiran Demokrasi mengisahkan tentang Periklis, pemimpin Athens zaman silam dan juga salah seorang pemimpin Agung dalam sejarah. Donald Kagan, seorang pakar sejarah Yunani, menjelaskan sisi-sisi Periklis dengan menggunakan sumber-sumber utama yang berwibawa, terutama karya Plutarch dan sejarawan agung Thucydides.
Catatan silam paling lengkap tentang kerjaya Periklis hanya terdapat dalam satu himpunan besar riwayat kehidupan tokoh-tokoh terkemuka Yunani dan Romawi, yang ditulis dalam bahasa Yunani oleh Plutarch dari Chaeronea menjelang akhir kurun pertama Masehi. Plutarch lebih merupakan seorang moralis berbanding sejarawan dan hidup lima kurun selepas Periklis, namun karyanya, Life of PericIes, mempunyai nilai besar. Plutarch memiliki perpustakaan yang berisi banyak karya yang kini telah hilang—karya-karya yang sebahagiannya ditulis oleh tokoh-tokoh sezaman dengan Periklis dan tokoh-tokoh lain dari generasi selepasnya. Beliau berpeluang membaca prasasti-prasasti silam dan melihat catan-catan, arca-arca dan bangunan-bangunan yang kini tidak lagi wujud. Jika digunakan secara cermat, karya Plutarch boleh menjadi sumber maklumat yang tulen dan menonjol.
Dengan gaya penceritaan yang cukup jelas pengarang bukan saja berhasil mengemukakan gambaran yang pada tentang Periklis tetapi juga menjelaskan tentang kelahiran demokrasi dalam bentuk paling penuh dan menyeluruh di kota itu di bawah kepemimpinannya. Pemerhatian pengarang yang tajam juga membantu pembaca memahami punca-punca sengketa antara Athens dan Sparta serta pergeseran antara demokrasi yang masih baru dengan sistem-sistem pemerintahan lama, termasuk oligarki yang diamalkan musuh utama Athens, iaitu Sparta.
Anonymous (store manager) –