Abraham Lincoln: Tahun-Tahun di Prairie merupakan terjemahan kepada Abraham Lincoln: The Prairie Years, Vol 1 tulisan Carl August Sandburg yang diterbitkan pada tahun 1926. Abraham Lincoln: Tahun-Tahun di Prairie mengisahkan kehidupan Abraham Lincoln, sejak dilahirkan sehingga beliau akhirnya dipilih menjadi Presiden ke-16 Amerika Syarikat. Meskipun hidup sukar di zaman mudanya, beliau tidak pernah memadam keinginan untuk menjadi ahli politik.
Pada kehidupannya boleh dilihat bagaimana seorang yang tidak pernah bersekolah, mengasah kepintaran dengan kegigihan membaca dan dorongan ingin tahu. Dengan itu juga hujah-hujah dimajukan untuk mempertahankan pendirian politiknya, khusus dalam menentang perhambaan—isu yang membahagi negara Amerika Syarikat pada masa itu. Namanya tersebar meluas dan jauh. Meskipun berkeinginan dinamakan sebagai calon Presiden, Lincoln tidak pernah memberi apa-apa isyarat untuk itu malah merasakan ada calon lain yang lebih sesuai. Menurutnya, hanya keadaan boleh menjadikan seseorang presiden. Bagaimanakah Lincoln melalui semua ini? Buku ini menceritakannya.
Stanley Jana (Verified Reader) –