Memoir Abdullah CD (Bahagian Pertama): Zaman Pergerakan Sehingga 1948

ABDULLAH C.D. (1922 – ) nama sebenarnya, Che Dat bin Anjang Abdullah (juga dieja sebagai Cik Dat Anjang Abdullah; merupakan seorang ahli Parti Komunis Malaya. Beliau dilahirkan di Lambor Kanan, Parit, Perak. Seperti juga Rashid Maidin dan Chin Peng, Abdullah juga berkahwin dengan seorang gadis Cina yang juga menjadi ahli Parti Komunis Malaya.

SIRD (Cetakan Pertama, 2005)
283 halaman termasuk Indeks

RM35.00RM45.00

Memoir Abdullah CD (Bahagian Pertama): Zaman Pergerakan Sehingga 1948 merupakan sebuah autobiografi tulisan Abdullah C.D. yang merungkai perjalanan hidup beliau sehingga ke tahun-tahun Darurat. Terlalu banyak peristiwa dan kenangan yang melintas di benak penulis apabila mengenang kembali sejarah perjuangan silam sejak 1920-an sehinggalah sekarang. Perjuangan memang amat berliku-liku dan penulis jatuh sakit disebabkan sakit itu amat hebat dan mengganggu keupayaan beliau untuk menulis dengan lancar. Akan tetapi, berkat izin Allah dan berkat sokongan kawan-kawan pimpinan Jawatankuasa Pusat dan Kawan Chin Peng; berkat bantuan Suriani dan pimpinan Rejimen Ke-10 lainnya serta berkat bantuan kawan-kawan dan rawatan para doktor, penulis teguh berjuang melawan penyakit.

Penulis berharap memoir ini akan dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada usaha penulisan kembali sejarah tanah air kita, dengan harapan ia akan melengkapkan ruang-ruang sejarah yang belum lengkap. Sekurang-kurangnya ia akan membantu para pelajar dan pengkaji sejarah untuk berfikir daripada perspektif yang berlainan. Dengan itu penulis harap mereka dapat membuat tafsiran yang lebih saksama terhadap para pejuang anti-penjajah yang berada dalam wadah kiri dan dalam Parti Komunis Malaya.

Senarai Gambar
Senarai Singkatan
Prakata

1. Keluarga Saya
2. Alam Persekolahan
3. Masuk KMM
4. KMIM dan Gerakan Anti-Jepun
5. Menyertai Perjuangan Anti-Jepun
6. Menganggotai PKM
7. Menyertai Pasukan Propaganda
8. Bergerak ke Seluruh Perak
9. Cabaran dan Tugas Baru
10. Penubuhan PKMM
11. Memelihara Hubungan Kaum
12. Berpindah ke Kuala Lumpur
13. Tinggal di Kampung Baru, Bertemu Sutan Djenain
14. Rumah Merdeka
15. Menyusun Kesatuan Buruh
16. Pembentukan PMFTU
17. Mendukung Revolusi Indonesia dan Vietnam
18. Jabatan Kerja Melayu
19. Jabatan Kerja Melayu Bahagian Negeri Sembilan
20. Jabatan Kerja Melayu Bahagian Negeri Johor
21. Jabatan Kerja Melayu Bahagian Timur
22. Wakil PRM Bahagian Selatan
23. Kesatuan Buruh Singapura
24. Utusan Melayu Suara Merdeka
25. Perpaduan dan Keretakan PKMM
26. Jabatan Kerja Melayu Kedah dan Perlis
27. Gerakan Wanita Malaya
28. Gerakan Tani Malaya
29. Menghadiri Asia Conference New Delhi
30. Kongres Islam di Gunung Semanggol
31. Suriani Abdullah, Tangan Kanan Saya
32. Rakan Seperjuangan Ku

Indeks

WeightN/A
DimensionsN/A
Author(s)

Edition

,

Format

Language

Publisher

Year Published

  1. MOHD SHAHRULNIZAM (verified owner)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author