Abdullah Sidek: Penulis dan Pendidik Berwawasan

Disunting oleh AMIDA ABDULHAMID

DBP (Cetakan Pertama, 2018)
245 halaman termasuk Indeks

RM25.00

Only 1 left in stock

Product ID: 32263 Subject: Sub-subjects: ,

Abdullah Sidek: Penulis dan Pendidik Berwawasan merupakan sebuah kajian biografi untuk seorang sosok penulis dan pendidik yang lahir dari rahim Sultan Idris Training College dengan menggalurkan senario latar belakang pengkaryaan beliau yang merupakan kesinambungan kepada perjuangan Syed Sheikh al-Hadi. Abdullah Sidek ialah epitome penulis-pendidik yang banyak memberi pengisian kepada kemerdekaan tanah air. Falsafah hidup yang dititipkan dalam karya cerekanya—cerpen dan novel merupakan permata geliga yang menyuluh lagi menerangi jalan ke arah mendaulatkan bangsa Melayu, ke hala memperkasakan bahasa Melayu, dan ke matlamat memuliakan agama Islam.

Dengan peluang optimum yang diterimanya di Sultan Idris Training College, Tanjung Malim, Abdullah menyalurkan pengetahuan dan kecaknaannya tentang pergolakan semasa kepada masyarakatnya melalui tulisannya. Sesuai dengan jawatannya sebagai guru, Abdullah muncul sebagai penulis yang didaktik, memberi tunjuk ajar kepada masyarakat yang masih kurang ilmu, yang masih lemah semangat, yang masih keliru dengan pegangan hidup. Sama ada sebelum atau sesudah Perang Dunia Kedua, Abdullah memperjuangkan supaya anak Melayu menimba ilmu, memenuhkan dada dengan pengetahuan yang bersabit dengan kehidupan, mengisi minda dengan penaakulan dan pemikiran rasional, dan memakai busana akhlak dan moral tinggi lagi murni.

Semangat juang Abdullah Sidek untuk memajukan anak bangsanya bersemarak sejak beliau menuntut di SITC (1929-1931). Perpustakaan di maktab berkenaan membekalkan Abdullah dengan bahan bacaan dari Indonesia yang menampung bahan bacaan tempatan yang amat berkurangan. Abdullah memanfaatkan kehadiran buku di dalam perpustakaan itu. Minat membacanya yang ketara itu mendorong Cikgu Buyong Adil melantik Abdullah sebagai pengawas perpustakaan berkenaan. Dengan bahan bacaan yang kaya di perpustakaan itu, ufuk pengetahuan dan kesedaran Abdullah menjadi lebih luas dan semakin kritis. Pergolakan yang berlaku di tanah seberang dijadikan iktibar dan perbandingan. Kepincangan yang digambarkan dalam bahan bacaannya menyentap jiwa Abdullah terhadap kepincangan yang berleluasa dalam masyarakat setempatnya. Langsung guru muda ini terdorong untuk bertindak.

Dalam tahun ketiga di maktab berkenaan, iaitu ketika berusia 18 tahun, Abdullah menghasilkan novel pertamanya Hikayat Bercinta yang Tak Berfaedah (1931-1932) yang diterbitkan dalam dua penggal. Seawal novel sulungnya ini, Abdullah, dalam usia remajanya, menampakkan kepeduliannya terhadap sikap bangsa Melayu yang tidak peka dengan maslahat pentadbiran ekonomi dan hartanah. Mata hati Abdullah yang sensitif dapat melihat jauh ke depan: Nasib malang orang Melayu yang akan berkecai jika orang Melayu tidak mempunyai daya saing yang setanding dengan bangsa asing yang sedang membanjiri tanah air dan mengaut keuntungan.

Kemunculan Abdullah di gelanggang kesusasteraan Melayu menjadi obor kepada anak-anak muda untuk menerapkan anjakan paradigma meruntuhkan anasir hiburan yang melalaikan. Anak-anak muda diajak berfikiran matang bagi mengisi kemerdekaan tanah air yang bakal dikecap. Tanah air yang merdeka memerlukan pengisian yang mantap dalam semua bidang kehidupan. Abdullah melaungkan agar anak-anak muda bangun daripada kelekaan dan kemewahan material. Anak-anak muda mesti meminggirkan rasa malu dan digantikan perasaan itu dengan berusaha untuk memajukan bumi yang subur melalui perolehan ilmu, persepakatan rapi, dan perancangan berwawasan.

Kehadiran Abdullah dalam mandala kesusasteraan Melayu seolah-olah mahu mengembalikan wanita pada tempat asal mulianya. Wanita tidak seharusnya berterusan menjadi objek kezaliman lelaki. Untuk membetulkan situasi, wanita perlu sama-sama melangkah seiring dengan lelaki untuk mencari ilmu. Justeru, wanita akan menyedari kuasa di tangannya yang pernah mengayun buaian itu boleh menggoncang dunia.

Prakata
Pengenalan

1. Abdullah Sidek: Novelis-Pendidik Berwawasan Besar
Amida Abdulhamid

2. Abdullah Sidek sebagai Pengarang Novel
Hamzah Hamdani

3. Hiboran Abdullah dan Semangat Zaman
Hashim Ismail

4. Abdullah Sidek dan Cerpen Kritik Sosial Awal Melayu
Jelani Harun

5. Kata-kata Sebunyi dan Perbezaan Maknanya (Homonim) Karya Istimewa Abdullah Sidek
Kamal Shukri Abdullah Sani

6. Modenisasi dan Pembangunan Kualiti Hidup Manusia dalam Novel-novel Abdullah Sidek
Misran Rokimin

7. Pengaruh Sastera Hikayat, Protagonis, Keluarga dan Mestika Rumah Tangga dalam Enam Buah Novel Awal Abdullah Sidek
Rosnah Baharudin

8. Analisis Struktur dan Kedirian Pengarang dalam Novel Mari Kita Berjuang
Siti Aisah Murad

9. Bahasa Kiasan dalam Karya Abdullah Sidek: Satu Kajian Stilistik
Sohaimi Abdul Aziz

10. Pemaparan Perubahan Nilai dalam Tiga Karya Abdullah Sidek
Zalila Sharif

Biodata Penulis
Indeks

Weight0.305 kg
Dimensions21.5 × 13.7 × 1.5 cm
Author(s)

, , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.