Adab dan Peradaban: Karya Pengi‘tirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas

Disunting oleh MOHD ZAIDI ISMAIL dan WAN SUHAIMI WAN ABDULLAH

Ta’adib International (Edisi Baru, 2022)
714 halaman termasuk Indeks

RM98.00

Only 1 left in stock

Product ID: 34421 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Adab dan Peradaban adalah sebuah karya pengiktirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas yang menghimpunkan sekumpulan makalah ilmiah kepada seorang tokoh ilmuwan besar yang sangat dihormati. Pemilihan tema Adab dan Peradaban sebagai judul utama karya ini adalah berdasarkan ketepatan rangkaian dua perkataan tersebut dalam merangkum Cita Ilmiah dan Intisari Pemikiran al-Attas. Di samping itu, Adab dan Peradaban ini juga adalah suatu wajah penzahiran sikap dan amalan beliau, sama ada pada keperibadiannya mahupun pada perjuangan akliah dan ilmiahnya.

Seluruh faham utama yang mencorakkan pandangan alam Islam tertumpu kepada adab. Sebagai kelakuan yang betul, adab menuntut pengawalan diri sendiri dengan pengawasan yang berasaskan ilmu dan bersumberkan hikmah. Bercerainya kesepaduan adab akan menumbuhkan para penyeleweng dan pelampau agama. Ta’dib pula sebagai lanjutan adab menandai setepatnya Pendidikan Islam. Dengan mementingkan tujuan akliah yang merangkumi pengajaran ilmu an pengasuhan, ta’dib adalah penyerapan adab ke dalam diri. Daripada penitisan adab, terzahirlah keadilan yang terpancar dari kebijaksanaan.

Justeru, peradaban mengungkapkan kehalusan tatasusila dan keluhuran kebudayaan sesuatu masyarakat insan. Keadaan halusnya budipekerti dan luhurnya akal-budi (yang merupakan perkara batin) pasti akan dipancarkan lalu zahir dalam serba-serbi kehidupan manusia.

Pendahuluan

1. Al-Attas: Ilmuwan Penyambung Tradisi Pembaharuan Tulen
Wan Mohd Nor Wan Daud

2. Pejalanan Mencari Ma’na Dalam Pendidikan: Pengalaman Murid ISTAC 1994-1977
Mohammad Hannan Hassan

3. Memperkasakan Pengajian dan Fenyelidikan Sejarah, Falsafah dan Etika Perubatan Islam di ISTAC (1994-20072): Suatu Catatan Ringkas
Nurdeng Deuraseh

4. Mithāq Sebagai Landasan Agama dan Akhlak
Mohd Farid Mohd Shahran

5. Pandangan Alam Islam Sebagai Kerangka Pengkajian Falsafah Islam
Hamid Fahmy Zarkasyi

6. Tamadun Sebagai Kenyataan Luhur Budi dan Cerminan Halus Pekerti: Jasa al-Attas melalui ISTAC (1987-2002)
Mohd Sani Badron

7. Seberapa Wajah dan FahAm Dasar Tasawuf Menurut al-Attas Berdasarkan Karyanya The Positive Aspects of Tasawwuf
Wan Suhaimi Wan Abdullah

8. Konsep Ta’dib: Teras Falsafah Pendidikan Islam
Asmaa Mohd Arshad

9. Tragedi Sebagai Salah Satu Watak Kebudayaan Barat
Che’ Razi Jusoh

10. Hak-hak Asasi Manusia: Kajian Perbandingan Awal antara Konsep Sekular Barat dan Faham Islam
Wan Azhar Wan Ahmad

11. Modenisme dan Neo-Modenisme: Rekonstruksi atau Dekonstruksi Agama
Ahmad Bazli Shafie

12. Caharan-cabaran Pendidikan Tinggi
Syed Ali Tawfik al-Attas

13. Siapakah Pencetus Idea Universiti Islam?
Nik Roskiman Abdul Samad

14. Rencana Penyelidikan Sains Islam: Ke Arah Mengamalaksanakan Gagasan Pengislaman Sains Menurut Kerangka Faham Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Adi Setia Md Dom

15. Kritikan Awal Terhadap Beberapa Faham Pengurusan Barat
Roslan Abd Jelani

16. Pentadbiran Beradab: Faham dan Rencana Dasar
Mohd Zaidi Ismail

17. Persoalan Epistemologi dalam Disiplin Linguistik dan Relevansinya dengan Linguistik Melayu
Awang Sariyan

18. Keindahan Bahasa Berasaskan Konsep Ihsan
Mohd. Affandi Hassan

19. Kecenderungan “Paksi India”: Implikasinya Terhadap Pensejarahan Islam di Alam Melayu
Aliza Elias

20. Islam dan Mitos Mengenai Asal-Usul Raja-Raja Melayu
Tatiana Denisova

21. Ilmu Ekonomi Islam Sebagai Persepaduan Ilmu Ekonomi dan Ilmu-ilmu Agama Islam: Satu Pengamatan Ringkas
Ugi Suharto

Biodata Ringkas
Indeks

Weight1.197 kg
Dimensions23.6 × 15.5 × 5 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.