Badai Sastera Melayu Singapura menghimpunkan 64 esei yang pernah diterbitkan dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu, Singapura yang berfokuskan permasalahan dan kegiatan penulisan sastera Melayu di Singapura sekitar tahun 1972 hingga 1973. Sepanjang tempoh dua tahun tersebut, kegiatan penulisan dan kesusasteraan di Singapura berada pada tahap paling aktif sehingga mencetuskan polemik yang tersendiri.
Awal tahun 1970-an, khususnya 1972 dan 1973, merakam suasana yang agak luar biasa rancaknya bagi bidang penulisan sastera di Singapura. Isu-isu sastera diketengahkan dan dibahas secara terus terang, dengan akhbar Berita Minggu berperanan menyediakan wadah bagi perbincangan itu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tempoh dua tahun itu memperlihatkan para penulis Singapura berada pada tahap paling aktif dalam sejarah penulisan negara ini. Apa yang jelas ialah mereka berani mengkritik antara satu sama lain secara terus terang dan sekali gus mendorong perbahasan yang sihat lagi membina.
Barisan penulis seperti Djamal Tukimin, Abdul Ghani Rukambol, Nor Yusman Abdul Majid, MIA, Ajaki, Noor S.I., Nila Utama dan Tun Mamat adalah antara nama yang mewarnai penulisan ketika itu. Tidak syak lagi, polemik sastera yang berlaku ketika itu, menggambarkan rasa cinta para penulis terhadap dunia penulisan dan sastera, yang secara tidak langsung mencerminkan keinginan mereka untuk melihat bidang sastera berkembang. Sudah terlalu lama suasana seperti itu tidak timbul. Sebahagiannya mungkin kerana jumlah penulis yang agak terbatas jika dibandingkan dengan ketika itu. Namun, ini sama sekali tidak bermakna ia tidak boleh berlaku lagi.
Apa yang diperlukan ialah seseorang untuk “menjolok” sesuatu isu dengan cara yang cukup tajam bagi mendorong yang lain untuk menyahut “jolokan” itu. Namun, sama ada “jolokan” itu akan menjadi, bergantung kepada jumlah penulis yang kita punyai dan tahap keghairahan mereka. Dari masa ke masa kita perlukan polemik sastera berlaku, kerana ia salah satu cara untuk merangsang dunia penulisan sastera negara ini untuk bukan sahaja berkembang, malah mencetuskan suasana segar. Namun, dengan sekitaran yang telah jauh berubah, tugas ini sememangnya cukup mencabar.
Mujur, dalam kalangan kita masih ada penulis-penulis mapan. Kehadiran mereka perlu dimanfaatkan sepenuhnya, kerana di bahu mereka terpikul tugas berat untuk membantu melahirkan penulis-penulis baru. Kehadiran buku ini diharap akan mendorong membangkitkan semula minat yang suatu masa dahulu pernah menyemarakkan dunia kesusasteraan di republik ini. Dengan keazaman dan kegigihan, ia boleh dijadikan satu kenyataan.
Kata Pengantar
Pengenalan
1. Sempena Jasa-jasanya dalam Bidang Kesusasteraan Melayu — Sudah Tiba Masanya Sajak-sajak Masuri S.N. Dideklamasikan dalam Satu Acara
— Abdul Ghani Suratman
2. A. Ghani Cuba Jenguk “Rumah Tangga” Orang Lain
— Djamal Tukimin
3. Jengukkan Kepala “Orang Luar” dalam Dunia Sajak Kita Merupakan Satu Petanda yang Baik
— Ajaki
4. Sambutan yang Setimpal
— Djamal Tukimin
5. Masyarakat Melayu Harus Pupuk Apresiasi Seni
— Ajaki
6. Penulis Muda Gigih Kesal Sikap Dingin ASAS 50 Jalan Tertip
— Penulis Muda Gigih
7. Seni yang Masih Diminati
— Editorial Berita Minggu
8. Maka Berkatalah…
— Cenderawasih
9. Jawapan Saya Terhadap Tulisan Penulis Muda Gigih dalam Berita Harian 10 Jun 1972
— MIA
10. ASAS 50 Huraikan Sikapnya yang Tegas Terhadap “Gelorasa”
— Muhammad Arif Ahmad (MAS) dan Suratman Markasan
11. Meninjau Sepintas Lalu Pertubuhan “Gelorasa” dan Tujuan
— MIA
12. Kumpulan Gelorasa Minta Maaf kepada ASAS 50
— Djamal Tukimin dan MIA
13. Apakah ASAS 50 (Sebagai Sebuah Angkatan) Masih Hidup?
— Nila Utama
14. Sebuah Manifestasi
— Djamal Tukimin dan MIA
15. Hingga pada Saat Akhirnya … Jymy Asmara Masih Menulis … ASAS 50 (Sebagai Sebuah Angkatan Harus Terus Dipertahankan)
— Noor S.I.
16. Tokoh-tokoh ASAS 50 dan “Gelorasa” Sedang Hadapi Zaman Ketandusan
— Penulis Muda Gigih
17. Penulis Muda Gigih Diminta Tunjuk Jalan
— Ahmad Ishak Ismail
18. ASAS 50 (Sebagai Sebuah Angkatan) Boleh Dijadikan Subjek Kajian yang Menarik
— Anggota ASAS 50
19. Usah Ikat Diri dengan Konsep Jika Ingin Menjadi Sasterawan
— Sri Lanang
20. Polemik: Penulis Ini Sokong ASAS 50
— Wak Dayu
21. Polemik “Main-Main” Tidak Akan Untungkan Dunia Sastera Kita
— Noor S.I.
22. Lagi Ekoran Polemik Gelorasa dengan ASAS 50
— Wak Dollah
23. Kegiatan-kegiatan untuk Hidupkan Apresiasi Seni Menggalakkan
— Abdul Ghani Nasir
24. ASAS 50 Dibela kerana Jasa-jasanya pada Masa Silam
— Wak Dayu
25. Cenderawasih Dikecam – Tidak Punya Tanggungjawab
— Maarof Hj Salleh dan Mohd Jufri Haron
26. Dia Kecewa kerana Ada Pihak yang Pesongkan Tujuan Majlis
— Peminat Sajak
27. Majlis Puisi: Kesal kerana Ada Peserta Menyeleweng daripada Tajuknya
— Penulis Kerdil
28. Angkatan 50 Telah Mengisi Kehendak Zaman, Memberi Nafas dengan Segala Kesanggupannya
— Abdul Ghani Rukambo
29. Kewujudan Penyajak dalam kumpulan Gelorasa Satu Petanda yang Amat Sihat?
— Tun Mamat
30. Kemunculan Penyair-penyair Muda Isi Kekosongan Bidang Persajakan
— Noor Hidayat
31. Noor Hidayat Gagal Selami Erti Imaginasi dalam Sajak
— Djamal Tukimin
32. Sajak-sajak Propaganda Sesuai dengan Sifat Perikemanusiaan
— Mahmud Ahmad
33. Penyair-penyair Muda Kita Sedang Mencari Satu Identiti Baru!
— Nina Kirana
34. Nor Yusman Abdul Majid Ulas Kritik Puisi Noor Hidayat – Lengkapkan Diri dengan Pengalaman Sebelum Jadi Pengkritik
— Nor Yusman Abdul Majid
35. Berada dalam Satu Bumi dan Jangan Katamengata – Roklah: Noor Hidayat Cuba Selami Isi Sajak-sajak yang Dikritikny
— Rokiah M.Y.
36. Kuntum-kuntum Puisi Januari
— Noor Hidayat
37. Kumpulan Gelorasa Akan Terbitkan Sebuah Antologi Puisi-puisi Moden
— Sri Markhamah
38. Tahun-tahun 70-an: Zaman Cemerlang Dunia Sastera Melayu Moden? – Sajak-sajak Golongan Muda Banyak yang Tidak Meyakinkan
— Tun Mamat
39. Benarkah Puisi-puisi Lisan Lebih Berkesan?
— Nor Yusman Abdul Majid
40. 1972 Merupakan Tahun Banjir Besar yang Melemaskan Alam Sajak Melayu Moden
— Tun Mamat
41. Satu Titik Persefahaman Perlu Diabadikan dalam Kalangan Penulis
— Dirgahayu
42. Surat MIA dan Djamal untuk Penyair-penyair
— MIA dan Djamal
43. Penyair-penyair Muda dan Veteran Sama-sama Jayakan Pesta Sajak
— Nur Asmara
44. Penulis-penulis Veteran Lari daripada Tanggungjawab, Kunci Diri dalam Menara Gading?
— MIA
45. Mas Terangkan Projek-projek ASAS 50 dalam Membimbing Bakat-bakat Baharu
— Nur Asmara
46. Tulisan MIA Provokatif, Tetapi Tepat pada Masanya
— S. Pakut
47. Kerjasama Kolektif Perlu Wujud dalam Kalangan Penulis Muda Kita
— Mohd Latiff Mohamed
48. “Kemegaran” yang Tandus Akibat Ada Penulis-penulis Semi Veteran
— Ahmad Hikmat
49. Generation Gap dalam Dunia Sastera Perlu Dihapuskan
— S. Pakut
50. Tunas-tunas Baru Hanya Pandai Bergiat dalam Lapangan Puisi
— Dims Izuazdi
51. Tidak Menulis dalam Akhbar Bukan Bererti Kami Kurang Giat dalam Bidang Sastera
— Suradi Parjo
52. Maka, Berkatalah….
— Cenderawasih
53. “Sajak Kabur” Timbulkan Gejolak dalam Sastera Melayu
— Noor S.I.
54. Kata putus daripada ASAS 50 Masih Ditunggu
— Elfy Runianto
55. Usman: Sajak-sajak Konkrit Satu Detik Baru dalam Perkembangan Puisi Moden Melayu
— Nur Asmara
56. Sastera: Penulis Kesal Sikap Cerdik Pandai
— Penulis Gigih
57. Penulis-penulis Melayu Diseru Ubah Corak dalam Menghasilkan Karya
— Hamisah
58. Watak-watak dalam Sastera Melayu
— Editorial Berita Minggu
59. Perkembangan Sastera Melayu Berputar Sekitar Alam Persajakan sahaja?
— Iswardy
60. Penulis-penulis Muda Perlukan Masa untuk Asah Bakat
— MIA
61. MIA Cuba Besar-besarkan Kesilapan Kecil Tiga Orang Penulis yang Ditegurnya
— Dirgahayu
62. Penulis-penulis Baru Perlu Diberi Cabaran dan Kesedaran
— Iswardy
63. Dakwaan Dirgahayu terhadap MIA Tidak Benar
— Nor Yusman Abdul Majid
64. MIA Geli Hati dengan Anugerah “Kritikus” Dirgahayu dan Iswardy
— MIA
Indeks
Reviews
There are no reviews yet