Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia

CHIN YEE WHAH adalah pensyarah di Pusat Pengajian Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2005)
262 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

Product ID: 22753 Subject: Sub-subjects: , , ,

Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia menganalisis kemunculan usahawan Cina secara individu dan kolektif dalam konteks perkembangan politik, ekonomi dan sosial Malaysia. Berdasarkan data empirik yang diperoleh daripada temu bual dan kerja luar, bolehlah dirumuskan bahawa setiap usahawan itu tidak lahir sebagai usahawan tetapi “dicipta”.

Hubung kait antara budaya dan kebangkitan ekonomi di Asia Timur dan Asia Tenggara menjadi analisis penting sejak akhir dekad 1970-an hingga kini. Kebanyakan sarjana menganggap budaya adalah statik. Sebenarnya budaya niaga tidak bersifat statik tetapi dinamik dan mengambil bentuk baru dalam konteks struktur politik, sosioekonomi dan budaya yang berbeza-beza. Terdapat interaksi antara budaya niaga usahawan Cina di Malaysia dengan transformasi keusahawanan mereka.

Penglibatan etnik Cina dalam perniagaan bukan sahaja didorong oleh budaya tetapi keluarga, psikososial individu dan kesan pengalaman kerja yang saling berintegrasi mempengaruhi cara mereka. Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dan peluang menjadi majikan turut mempengaruhi tindakan usahawan Cina menceburi perniagaan. Integrasi pelbagai pengaruh inilah yang membawa kedinamikan dalam keusahawanan Cina. Amalan guanxi (personal relationship) dan xinyong (personal trust) dalam rangkaian perniagaan didapati berubah mengikut perkembangan pasaran yang semakin kompleks.

Syarikat perniagaan keluarga Cina mulai berkembang ke arah pemodenan dalam aspek sistem pengurusan sumber manusia; peningkatan profesionalisme dan pengurangan nepotisme; peningkatan konsep milik bersama dan berkongsi keuntungan; penyata akaun syarikat semakin telus, berpisah daripada perbelanjaan keluarga; peningkatan dalam penggunaan teknologi canggih; dan berlakunya kerjasama serta usaha sama dengan syarikat transnasional dan tempatan. Budaya usahawan Cina mulai berubah khasnya dalam sektor industri yang berdasarkan teknologi. Sementara itu, usaha sama bentuk lama (Ali-Baba) walaupun masih kekal tetapi semakin berkurangan.

Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia bukan sebuah karya etnografi. Kaedah pemerhatian yang turut digunakan adalah berbeza sama sekali daripada kajian etnografi yang seseorang penyelidik tinggal bersama komuniti yang dikaji untuk suatu tempoh tertentu (misalnya, Orang Asli, nelayan pantai dan sebagainya) yang terletak di satu lokasi geografi tertentu. Walau bagaimanapun, ini hanyalah masalah struktur yang mudah bagi seseorang penyelidik memerhati kehidupan Orang Asli atau nelayan pantai tetapi adalah sukar untuk memerhati semua perkara yang dilakukan seseorang usahawan kerana mereka bukan sebuab komuniti tersendiri. Walaupun penulis menyedari batasan ini tetapi penulis dapati kaedah pemerhatian dan wawancara adalah paling berkesan untuk mendapatkan data terperinci daripada usahawan Cina berbanding kaedab kaji selidik yang mungkin memberikan data permukaan sahaja.

Weight0.386 kg
Dimensions22.6 × 15.2 × 1.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.