Capa Rengat Gulai Rawo merupakah sebuah kumpulan cerpen yang menghimpunkan 20 buah cerpen karya Baharuddin Kahar. Pelbagai tema dan persoalan menarik yang melatari setiap cerpen menggambarkan jiwa dan pengalaman pengarang dalam menempuh kehidupan harian. Nama kumpulan cerpen ini terhasil daripada gabungan cerpen “Capa Rengat” dan “Gulai Rawo” yang telah diadaptasi dalam bentuk telefilem oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), dengan judul Capa Rengat Gulai Rawo.
Selebihnya, karya ini turut boleh dijadikan panduan kepada penulis-penulis baharu menitip kejadian-kejadian semasa yang berlaku sekarang termasuklah rasuah, pandemik dan rendahnya keluhuran nilai-nilai kemanusiaan yang semakin terhakis mengikut peredaran zaman. Penulis Baharuddin Kahar menggamit kenangan masa silamnya dengan sekuntum bunga yang diberikan oleh seorang gadis bernama Suri kepadanya yang dikenali Capa Rengat. Bunga yang dimaksudkan ialah sejambak bunga bertampuk ungu dan berkelopak putih. Bunganya bersaiz besar, sebesar sanggul ibu berbau wangi dan dikenali juga sebagai Melur hutan dan mendatangkan ilham kepadanya untuk menulis cerpen yang menarik kepada pembaca.
Reviews
There are no reviews yet