Dunia Maritim dalam Pemikiran Arena Wati

Disunting oleh SOHAIMI ABDUL AZIZ dan FATIHAH CHE MAT

Penerbit USM (Cetakan semula, 2018)
219 halaman termasuk Indeks

RM35.00

In stock

Dunia Maritim dalam Pemikiran Arena Wati menyajikan satu hidangan untuk santapan minda pembaca yang sebelum ini telah terbiasa dengan imej Arena Wati sebagai pengarang yang cekap bercerita. Namun, dengan membongkar kekuatannya sebagai pelayar dan pedagang maritim, usaha ini telah menjadikan personaliti Arena Wati lebih menyerlah berbanding personalitinya hanya sebagai pengarang cereka yang pandai semata-mata.

Sasterawan negara Arena Wati merupakan sasterawan Malaysia yang berasal dari Indonesia, lebih tepat Makassar yang terletak di barat dan selatan Pulau Sulawesi yang merupakan salah satu daripada ribuan pulau di negara tersebut. Budaya orang Makassar adalah budaya pelayar kerana laut dan darat bersatu dalam kehidupan mereka. Tanpa laut siapalah orang Makassar. Maka, mereka juga dikenali sebagai pelaut. Pelaut dan pelayar kelihatan tidak ada bezanya. Namun, penggunaan istilah pelayar dalam buku ini lebih tepat untuk merujuk kepada Arena Wati kerana beliau bukan sahaja mengetahui dan mencintai isi laut, bahkan beliau menjadikan laut ruang untuk berdagang.

Justeru, dunia pelayar lebih luas daripada dunia pelaut, sungguhpun adakala penggunaannya bertukar ganti. Buku ini menempatkan Arena Wati sebagai pelayar dan pedagang maritim yang setanding dengan kepengarangannya.

Dari Makassar dan ke serata pelosok Nusantara, rempuhan ombak dan angin serta arus telah memperkayakan hidup beliau, bahkan ruang dan pola pelayarannya telah membawanya ke merata tempat dan akhirnya mendarat di Singapura untuk sekian kalinya dan berakhir di Tanah Melayu sehingga kemudiannya mendapat kerakyatan Malaysia. Oleh sebab sumbangannya mula berkembang dan membangun dalam bidang kesusasteraan setelah menetap di Malaysia bahkan dikagumi oleh peminat sastera di sini, maka beliau telah dinobatkan sebagai sasterawan negara oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1998.

Sebagai sasterawan negara, banyak perbincangan telah dilakukan terhadap karya-karyanya. Kebanyakan penelitian berfokus kepada penelitian Arena Wati sebagai pengarang sastera dengan kepengarangannya. Namun, ada suatu hal yang juga penting tercicir dalam usaha kita mengenali Arena Wati dan dunia lautnya. Justeru, buku ini menyingkap satu lagi dimensi Arena Wati, iaitu peranan beliau sebagai pelayar dan pedagang maritim yang selama ini terlindung oleh kerlipan kepengarangannya.

Dunia Maritim dalam Pemikiran Arena Wati dihasilkan untuk menyelami dunia pelayar dan pedagang maritim Arena Wati. Kecenderungan kajian ini diperluaskan kepada golongan yang telah terbiasa dengan karya-karya Arena Wati. Ekoran itu, satu persidangan peringkat kebangsaan telah diadakan dengan mauduk yang sama. Hasilnya, lahirlah buku ini dengan topik-topik perbincangan yang menarik. Sebagai pelayar dan pedagang maritim, Arena Wati berjaya memperkayakan sumber kreatifnya. Banyak rahsia laut dan kebijaksanaan pelaut telah diadun oleh Arena Wati menjadi karya sastera yang indah dan tinggi nilai keilmuannya. Sifatnya sebagai pelayar yang tegar telah membolehkan Arena Wati menyelongkar rahsia laut dan unsur-unsur yang berkaitan dengannya sehinggakan mampu mendekatkan pembaca dengan laut.

Begitu juga dengan dunia pedagang maritim yang berjual beli pelbagai barang dagangan dengan urusan dagang yang rencam. Semua ini menjadi teras kepada karya-karya yang dihasilkan seperti cerpen, novel dan memoir. Menyelami kehidupan Arena Wati sebagai pelayar dan pedagang maritim telah berjaya membuka ruang baharu dan mencabar apresiasi karya-karya beliau dengan lebih luas, mendalam dan bermakna. Kebijaksanaan, budaya, falsafah, nilai, budi dan teknologi telah menjadi kunci-kunci yang digunakan untuk membuka mang perbincangan yang seterusnya menggali segala khazanah yang terselindung dan terbenam di sebalik penyusunan kata-kata tersurat yang menyinari keindahan cereka yang menyenangkan.

Prakata

1. Pengenalan
Sohaimi Abdul Aziz dan Fatihah Che Mat

2. Arena Wati dan Makassar: Daripada Pelayar dan Pedagang kepada Pengarang Cereka Maritim
Sohaimi Abdul Aziz

3. Budaya dan Maritim dalam Empat Kisah Arena Wati
Abuhasan Asy’ari

4. Budaya Pasompe dalam Dunia Maritim Masyarakat Bugis: Sebuah Kajian Novel Kisah Tiga Pelayaran oleh Arena Wati
Noridah Kamari dan Jelani Harun

5. Aplikasi Mobil Menguji Pengalaman Pengarang: Satu Kajian Terhadap Novel Sandera
Muhammad Nur Saiful Ghazali dan Sohaimi Abdul Aziz

6. Dunia Melayu daripada Lensa Melayu dan Lensa Barat: Satu Kajian Bandingan Novel Sudara Karya Arena Wati dan Novel Lord Jim Karya Joseph Conrad
Halimah Mohamed Ali

7. Ilmu Pelayaran dalam Antologi Warna Karya Arena Wati
Rosmah Derak

8. Khazanah Kearifan Tempatan dalam Dunia Pelayaran Arena Wati
Mohamad Nazreen Shahul Hamid dan Md. Salleh Yaapar

9. Perdagangan Maritim dalam Novel-Novel Terpilih Arena Wati
Mohmad Noorhisham Baharom

10. Ilmu Lautan Seorang Tahanan dan Pelarian: Satu Analisis Cerpen Terpilih Arena Wati daripada Antologi Bara Batu
Mohamad Luthfi Abdul Rahman dan Jamilah Hani Esa

11. Dunia Maritim Arena Wati dalam Novel Pada Sayap Burung Helang: Suatu Kajian Genre Sastera Kembara
Nurul Hafiza Hariri dan Rahimah A. Hamid

12. Wanita dalam Ekonomi Maritim: Satu Pembicaraan Berdasarkan Novel Turina Karya Arena Wati
Saravanan P Veeramuthu

13. Jalur Perdagangan Maritim dalam Novel dan Cerpen-Cerpen Arena Wati
Fatihah Che Mat dan Sohaimi Abdul Aziz

14. Cerminan Melayu Makassar sebagai Pelaut dalam Novel Sukma Angin
Wan Hasmah Wan Teh

Glosari
Istilah
Penyumbang
Indeks

Weight0.399 kg
Dimensions24 × 16.5 × 1.2 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.