Wan Hasmah Wan Teh

Wan Hasmah Wan Teh adalah pensyarah kanan di Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Bidang pengkhususan beliau adalah kesusasteraan dan filem, kesusasteraan dan budaya serta teori dan kritikan kesusasteraan. Sebelum ini, beliau banyak terlibat dalam menerbitkan kajian berkaitan paranormal dalam kesusasteraan, selain meneliti filem-filem seram Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan cerita lisan atau kisah benar sesuatu tempat atau bangsa. Bidang penyelidikan yang sedang ditekuni beliau adalah wanita dalam filem, wanita dan jenayah serta wanita dan perang.