Hang Tuah Adiwira Bangsa

STEVEN SIM merupakan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, seorang ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Ahli Parlimen untuk Bukit Mertajam.

SIRD (Terbitan Pertama, 2021)
139 halaman

RM30.00

In stock

Product ID: 25713 Subjects: , , Sub-subjects: , ,

Hang Tuah Adiwira Bangsa menganjurkan persoalan etnografi mengenai zaman ketika Melaka menguasai budaya dan perdagangan di seluruh laut Nusantara, yang berpotensi mengubah pandangan etno-nasionalistik moden mengenai kerancakan dunia kosmopolitan di mana Hang Tuah bukan sahaja tumbuh “membesar” malah turut “mencorakkannya”. Hikayat Hang Tuah barangkali ditulis antara sekitar tahun 1676 sehinggalah 1700. Kassim Ahmad mencadangkan ia dikarang antara tahun 1641 dan 1721 dengan nota, ia adalah semacam satu bentuk pelepasan rindu atau nostalgia seorang Melayu kepada saat kegemilangan bangsanya.

Kita tahu François Valentijn misalnya ada menyebut bahawa epik ini telah pun dipercayai tiba di Belanda sekitar tahun 1717. Sebagai sebuah epik yang meninggalkan kesan mendalam dalam fikiran bangsa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya 20 salinan manuskrip ini yang dikerjakan oleh penyalin berbeza, atau arahan berbeza dan waktu yang juga berbeza.

Hang Tuah adalah peribadi inti orang Melayu, mengenal Hang Tuah bererti mengenal cara mengurus seorang atau sehimpunan bangsa Melayu. Anda perlu membaca apa yang ditulis oleh Steven Sim untuk mengetahui bagaimana dia melihat watak dan perwatakan orang Melayu. Terlepas dari semua itu, apa yang lebih enak ialah Steven Sim tidak membaca Hang Tuah sebagai korpus Melayu semata-mata, tetapi ia menujah dan mendakapnya sebagai satu naskhah kesusasteraan yang mana dengan itu ia dapat menggali keindahan, kebahasaan dan juga kemoralan. Itu jadinya lebih bermakna dari bacaan-bacaan siasah tentunya.

Penghargaan
Kata Pengantar
Prakata

SEBERMULA Mengapa Saya Menulis Buku Ini?

BAB 1 Alkisah Tersebutlah Perkataan: Hikayat Hang Tuah sebagai Wasiat Leluhur Melayu

BAB 2 Segala Dagang Santeri Pun Banyak Datang ke Melaka Itu: Hang Tuah yang Kosmopolitan

BAB 3 Tahu Perintah Segala Raja-raja: Hang Tuah di China dan India

BAB 4 Setiakawan pada Tuannya: Hang Tuah sebagai Suara Nurani Istana

BAB 5 Kerana Orangnya Bijaksana: Hang Tuah Sebagai Polimat

BAB 6 Keris Taming Sari: Senjata yang Menyembuhkan Luka

Weight0.219 kg
Dimensions21 × 14.8 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.